Angelina Jolie Meneruskan Usahanya Untuk Membantu Mangsa Keganasan Seksual - Glam Malaysia

Angelina Jolie Meneruskan Usahanya Untuk Membantu Mangsa Keganasan Seksual

Angelina Jolie merupakan seorang pelakon dan juga pengarah filem yang juga dikenali melalui kerja-kerja amal beliau.

 

Dia juga merupakan salah seorang selebriti wanita yang bersuara lantang menentang keganasan seksual dan memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat melalui Preventing Sexual Violence Initiative (PSVI) yang diasaskan oleh Jolie sendiri pada tahun 2012 bersama bekas Setiausaha Asing UK William Hague.

 


 

Jolie menubuhkan insiatif ini untuk membantu membanteras dan menghalang rogol dan jenayah seks lain daripada digunakan sebagai taktik untuk menakutkan orang tatkala waktu perang.

 

Dalam ucapannya semasa sambutan ulangtahun ke-5 inisiatif ini Jolie berucap:

 


 

See also
Homedec 2018 Kembali!

“Semua yang terlibat dengan PSVI berasa sangat bangga dengan pencapaian kami setakat ini. Tetapi masih banyak lagi perkara yang perlu kami lakukakan, kami memberi fokus kepada langkah seterusnya: menggunakan alatan yang telah dihasilkan ke kawasan kejadian untuk membantu mendokumentasikan jenayah dan menyokong hukuman, bekerjasama dengan pihak tentera untuk mengubah doktrin dan latihan mereka, dan menyokong implementasi undang-undang untuk melindungi mangsa-mangsa yang sangat terdedah,” ucap Jolie sewaktu majlis tersebut.

 

Angelina Jolie telah dilantik sebagai Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2012 dan namun dia sendiri telah mula bersuara untuk manga-mangsa kepada janayah perang yang melibatkan seks dan pada tahun 2015 dia bersuara mengenai cara ISIS menggunakan keganasan seksual sebagai taktik keganasan.