Bapa Meghan Markle Enggan Menghadiri Majlis Perkahwinannya

Bapa Meghan Markle Menarik Diri Daripada Perkahwinan Meghan Markle

Wedding bells are ringing dan persiapan perkahwinan yang dinanti-nantikan ramai semakin rancak agaknya bagi penghuni Istana Kensington.

 

19 Mei ini Meghan Markle akan menjadi sebahagian daripada kerabat diraja England secara sah usainya majlis perkahwinannya bersama Putera Harry. Ibu Markle, Doria Radlan, sudah pun berada di sana untuk bersama Markle dan walaupun laporan sebelum ini menyatakan bapa Markle, Tom Markle, bakal mengiringi Markle sendiri sewaktu majlis tersebut dan kini laporan baru menyatakan yang lelaki tersebut kini enggan menghadiri majlis tersebut.

 

Baru-baru ini Daily Mail membongkar klip video menampilkan bapa Markle, 73, bertemu secara rahsia dengan seorang paparazzi, Jeff Rayner, untuk beberapa gambar yang menampilkan dirinya sedang bersiap sedia untuk perkahwinan anaknya kelak. Laporan daripada isu ini juga menyatakan Tom Markle telah dibayar dengan jumlah yang agak besar untuk gambar-gambar tersebut.

 

Ikutan pembongkaran tersebut, Markle telah memberitahu TMZ bahawa dia akui dia menyesal kerana terlibat dalam hal ini dan enggan memalukan Meghan mahupun kerabat diraja England lagi.

See also
Selepas 11 Tahun Datuk Siti Nurhaliza Kini Hamil!

 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perkahwinan diraja ini akan berlangsung. Jadi persoalannya sekarang, siapa akan mengiringi Meghan sewaktu majlis perkahwinannya nanti? Tiada sebarang kenyataan daripada pihak istana buat waktu ini.