Kejutan dari Michael Kors Mengatasi Apple dan Samsung - Glam Malaysia

Kejutan dari Michael Kors Mengatasi Apple dan Samsung

 
Michael Kors lancar koleksi jam pintar di New York Fashion Week dan mengubah trend teknologi masa kini. Beliau menggabungkan teknologi dan semestinya, fesyen supaya koleksi tersebut boleh digayakan dengan pelbagai cara.
 
“I am a fashion freak, not a tech geek. We love what technology does for our lives, but we don’t always love how it looks.” ujar Kors.
 
Koleksi yang diberi nama Access itu, seperti jam pintar lain turut mempunyai fitness tracking, social media alerts, dan voice-activated Google search. Ia datang dalam dua gaya utama iaitu metal Bradshaw dan black Dylan selain mempunyai pilihan paparan animasi.
 
Kini anda boleh sesuaikan gaya harian anda tanpa perlu menukar jam tangan!