Sultan Selangor Peristerikan Bekas Pembaca Berita RTM - Glam Malaysia

Sultan Selangor Peristerikan Bekas Pembaca Berita RTM

NORASHIKIN ABDUL RAHMAN 24-10-07-015405
 

Norashikin Abdul Rahman, 45, pembaca berita sebuah stesen televisyen tempatan telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan telah berkahwin dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos lalu.

 

Penerima anugerah Penyampai Berita TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2005 ini selamat diijabkabulkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang dalam sebuah majlis yang sederhana dan ringkas.

 

Perkara ini disahkan Datuk Munir Bani, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Pernikahan yang dijalankan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful, Bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Datuk Salehuddin Saidin selain bapa serta ahli keluarga Norashikin.

 
https://www.instagram.com/p/BJ1ru7HAWZZ/?tagged=malaysiaroyalfamily