Reaksi Ibu Tumpang Kim Kardashian West Tentang Kehamilan Ini

Reaksi Ibu Tumpang Kim Kardashian West Apabila Dia Tahu Perkara Sebenar

Dalam kesibukan Kim Kardashian West dan Kanye West membuat persiapan untuk kehadiran cahaya mata ketiga mereka, Kim sempat berkongsikan pengalamannya bertemu dengan wanita yang kini sedang hamil dengan anaknya itu dalam rancangan The Real.

 

Apabila ditujukan soalan tentang reaksi wanita tersebut apabila dia mendapat tahun dia akan membantu Kim dan suaminya, reaksinya adalah seperti mana-mana peminat mereka, teruja dan gembira.

Namun Kim juga memastikan dia bukan seorang yang fanatik atau obses dengan mereka.

 

“Dia merasa sangat teruja. Dia merupakan penonton rancangan [KUWTK] — bukan seorang peminat tegar, kerana itu akan membuatkan segalanya menjadi pelik — dan dia telah melihat saya bersusah payah untuk hamil dan bagaimana saya sangat terbuka dengan idea ini. Dia merasa sangat bangga kerana dapat membantu,” ujar Kim.

 

Kim juga menerangkan bagaimana dia dan Kanye memang berhasrat untuk bertemu dengan wanita yang telah membantu mereka kerana dia ingin memberikan wanita tersebut pilihan.

See also
Tip Bulu Mata Palsu

 

“Anda oleh melakukannya dengan nama anda dirahsiakan tetapi saya merasakan saya mahu sesiapa yang bakal hamilkan bayi saya ini — bagaimana jika mereka bukan peminat saya atau suami saya? Bagaiman pula jika mereka enggan bekerjasama? Saya mahu memberikan mereka pilihan ini dan memastikan kami mempunyai matlamat yang sama. Saya ingin megeratkan hubungan antara kami.”

 

Sebelum ini Kim telah mengumumkan yang dia dan Kanye bakal mencuba untuk anak ketiga mereka melalui proses ibu tumpang dan baru-baru ini juga dia telah mendedahkan jantina bayinya yakni seorang bayi perempuan yang kana tiba dalam hidup mereka tidak lama lagi.