Virgil Abloh Dari Off-White Berkolaborasi Bersama IKEA - Glam Malaysia

Virgil Abloh Dari Off-White Berkolaborasi Bersama IKEA

Selepas Balenciaga memberikan “tribut” kepada beg membeli-belah ikonik IKEA ‘Frakta’ dan nampak gayanya syarikat perabot terbesar dari Sweden itu sudah bersedia untuk memberikan Frakta a makeover.

 

Dengan bantuan bakat daripada dunia fesyen IKEAtelah memilih pereka Off-White, Virgil Abloh, untuk memberikan sentuhan kreatifnya kepada bag yang terkenal itu.

 

“Kita berada dalam waktu di mana IKEA sedang melonjak naik, dan orang ramai membawakan budaya “do it yourself” kepada beg biru ini. Apa yang menarik bagi saya adalah proses dalam kolaborasi saya bersama jenama ini. Ini membenarkan saya untuk memberikan pendapat saya kepada sesuatu yang klasik. Ia sangat unik dan jelas sebagai off-white dan juga Ikea,” nyata Abloh melalui Instagram Ikea.

See also
Dior Backstage Fall/Winter 2015

 

Abloh yang merupakan seorang graduan dalam bidang seni bina sememangnya mendapat insipirasi untuk membina dan mereka jenamanya melalui latar belakangnya juga akan menghasilkan koleksi perabot untuk IKEA.

 

“IKEA membekalkan lanskap — tanah subur untuk idea-idea dan konsep-konspe baru. Tugas saya adalah untuk menghasilkan sesuatu yang provokatif. Dengan peluang yang besar ini, saya tidak akan berpuas hati dengan membina sebuah kerusi sahaja.”

 

Abloh juga menyatakan yang dia suka bekerja dengan yang terbaik tanpa mengira genre dan dia merasakan IKEA adalah satu jenama yang merangkumi semua generasi dan mereka memperjuangkan sesuatu.

 

“Untuk memberikan koleksi ini pendekatan yang lebih “muda” dan memberikan penghormatan kepada DNA ini adalah matlamat saya,” sambungnya lagi.

 

ex-architecture student meets “pattern making” @ikeatoday

A post shared by Off-White™ (@off____white) on