10 Tip Kembara Cantik - Glam Malaysia

10 Tip Kembara Cantik

Mengembara bukanlah satu alasan untuk anda tidak kelihatan cantik. GLAM kongsi 10 tip kembara untuk memastikan anda kelihatan sempurna!

MILAN FASHION SHOW FALL WINTER 2015

  1. Ikat rambut anda dengan selendang agar sentiasa cantik dan tidak kusut pabila tiba di destinasi setelah melalui penerbangan yang panjang. Tambah ekstra glamor dengan stail ikatan berbeza dari yang pernah anda lihat.
  2. Bawa bersama serbuk rambut seperti syampu kering. Ia menghalang kulit kepala daripada berminyak dan membantu rambut segar dan cantik.
  3. Cuba perapi leave-in sebelum meninggalkan rumah. Salut rambut dengan selendang, bagaikan rawatan dingin dalam perjalanan ke destinasi.
  4. Bawa bersama sikat yang besar agar mudah menyisir rambut.
  5. Jangan lupa bawa bersama kertas kedap minyak. Perjalanan yang memakan masa yang lama mengeluarkan lebihan minyak pada wajah.
  6. Untuk menenang dan menyegarkan mata letih dan bengkak, bawa bersama penyegar mata pilihan anda, baik krim mata ataupun penitis mata.
  7. Usah lupa membawa makeup remover jenis travel kit yang boleh dibawa masuk dalam penerbangan. Cuci muka sebelum anda melelapkan mata, jangan tidur dengan solekan ia akan membuat anda tampak lebih tua daripada umur sebenar.
  8. Lagi produk mesti bawa adalah losen. Penerbangan yang mengambil masa yang lama menyebabkan kulit pada tangan dan kaki kering. Sering sapu losen supaya tangan dan kaki tidak kering.
  9. Sebelum sampai ke destinasi yang dituju, anda perlukan produk yang ‘mengejutkan’ seperti mist penyegar. Sembur sebelum dan selepas menata rias. Pasti anda tampak segar walaupun berada dalam penerbangan yang lama.
  10. Minum air secukupnya agar kulit terhidrat. Penerbangan yang mengambil masa yang lama boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Sapukan salap bibir agar kelihatan bermaya dan tidak kering.
See also
Resipi Kek Keju Blueberry - Upstairs Café, Subang