Bobbi Brown Memperkenalkan Rangkaian Foundation Dengan 31 Rona - Glam Malaysia

Bobbi Brown Memperkenalkan Rangkaian Foundation Dengan 31 Rona

Jenama kosmetik Bobbi Brown memang sejak azali lagi (25 tahun yang lalu sebenarnya) mempercayai bahawa solekan digunakan untuk menyempurnakan kulit muka anda, bukan untuk menyorok cela. Jenama ini juga merupakan peneraju gerakan solekan semulajadi yang digilai oleh kebanyakan orang untuk kelihatan effortless.

 

Untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan mereka ini, Bobbi Brown telah menggunakan khidmat 31 orang wanita daripada pelbagai etnik, umur dan jenis kulit untuk mewakili 31 rona warna dalam rangkaian ikonik mereka: Skin Foundation.

 
[envira-gallery id=”65411″]

Rangkaian ini terdiri daripada Skin Foundation SPF 15 (RM172)  dengan formula emulsi air yang meresap ke dalam kulit anda untuk rupa yang lebih natural, Skin Foundation Stick (RM160) dengan Teknologi Bijak yang mengikut keperluan kulit anda, dan Skin Foundation Cushion Compact SPF 35 (RM145) yang menggunakan formula terkini dengan faedah penjagaan kulit.

See also
Trend Asas Solekan Di Era Pandemik

 

Anda boleh dapatkan produk-produk ini di kaunter-kaunter Bobbi Brown berdekatan anda dan juga BobbiBrown.com.