Tujuh Langkah Bagi Merias Kuku Sempurna - Glam Malaysia

Tujuh Langkah Bagi Merias Kuku Sempurna

02F19584

Gambar: INGimage


 
Setiap wanita inginkan kuku yang kelihatan cantik dan kemas terbentuk. Namun, kekangan masa sering menyebabkan anda tidak punya waktu untuk ke salon kuku dan mendapatkan rawatan untuk kuku anda. Kini, anda boleh merias kuku anda sendiri di rumah dengan beberapa tip dari GLAM.
 
Gilap Kuku Anda

Pastikan kuku anda benar-benar kering sebelum anda mula mengilap kuku anda. Mengilap kuku yang basah boleh menyebabkan warna kuku anda tampak pudar.
 
Rendam Kuku Anda

Sapukan krim tangan pada keseluruhan tangan anda. Rendamkan kuku anda dalam air suam bersabun selama lima minit untuk melembutkan cuticles kuku anda.
 
Kemaskan Cuticles Kuku Anda

Tolak kembali cuticle kuku anda dengan menggunakan batu kuku basah . Sekiranya anda mempunyai hangnail, trimkan kuku anda jika tidak jang klip cuticles kuku anda kerana ia membantu dalam melindungi kuku dari jangkitan.
 
Oleskan Basecoat

Oleskan basecoat pada kuku anda sebelum anda mengoleskan warna kuteks pada kuku anda untuk efek lebih elegan dan tahan lebih lama.
 
Sapukan Pewarna Kuku

See also
Trend Cantik 2015

Langkah seterusnya adalah dengan mengoles pewarna kuku pada kuku anda. Tunggu beberapa minit setelah anda selesai mewarna bagi setiap tangan. Oleskan sebanyak tiga kali kemudian sapukan warna di ppenghujung kuku anda untuk mengelakkan kuku anda tampak cacat.
 
Oleskan Top Coat

Sebagai langkah terakhir, oleskan top coat pada kuku anda yang sudah dioleskan dengan pewarna kuku untuk mendapatkan efek kuku berkilat.
 
Bersihkan Comotan

Bersihkan comotan pewarna kuku yang terdapat di hujung kuku anda dengan putik kapas yang sudah dicelup dengan polish remover.