Eyeliner Dengan Kemasan Glitter Oleh Too Faced? - Glam Malaysia

Eyeliner Dengan Kemasan Glitter Oleh Too Faced?

Sumber: instagram/toofaced

Sumber: instagram/toofaced

 

Trend solekan yang digilai ramai sekarang akan selalu menampilkan produk yang mempunyai kemasan glitter dan hasilnya selalu akan menampakkan solekan yang menawan dan ibarat magis.

 

Pengasa bersama jenama Too Faced Jerrod Blandino telah mengumumkan dalam satu sidang media baru-baru ini bahawa pada tahun 2018 (sabar itu separuh daripada iman) Too Faced bakal mengeluarkan koleksi eyeliner dengan kemasan glitter yang baru.

 

Too Faced pernah mengeluarkan glitter eyeshadow sebelum ini dan Jerrod akan memastikan glitter eyeliner yang akan datang ini juga akan setanding dengan kehebatan produk-produknya yang lain.

 

“Saya telah menghasilkan eyeliner dengan kemasan glitter sepenuhnya dan anda boleh cabut seperti latex rubber agar glitter tersebut tidak berterabur,” kata Jerrod. “Saya tidak selalu mahu menghasilkan  benda yang lebih bagus, tetapi saya mahu menghasilkan sesuatu yang berbeza. Itulaha cara untuk mengubah dunia. Anda tidak boleh mengubah dunia dengan menghasilkan sesuatu yang lebih bagus.”

See also
Transformasi Gaya Rambut Selebriti Sepanjang 2020

 

Jerrod juga bercadang untuk membuka kedai Too Faced sendiri untuk menunjukkan lagi imej Too Faced kepada dunia.

 

Peminat makeup, are you ready?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid