Eyeliner Kalis Air Baru Bakal Menemui Anda April Ini - Glam Malaysia

Eyeliner Kalis Air Baru Bakal Menemui Anda April Ini

lw-waterproof-liner-april-2017

 

Disamping pemergian Bobbi Brown daripada Bobbi Brown, jenama kosmetik tersebut bakal melancarkan koleksi eyeliner kalis air terbaru yang akan dilancarkan pada April ini.

 

Bobbi Brown menyatakan inspirasinya dalam menghasilkan koleksi eyeliner kali air yang baru ini adalah:

 

“Saya ingin menghasilkan liner yang kalis segalanya dan memberi impak yang tinggi serta akan kekal sepanjang hari, sama ada anda bersenam, cuaca lembap, dan keluar berseronok sepanjang malam.”

 

Pelancaran koleksi ini sesuai dengan kedatangan musim panas dan kadar kelembapan yang tinggi dan Bobbi bakal memperkenalkan Long-Wear Waterproof Liner tidak lama lagi. Liner yang sangat berpigmen ini memastikan liputan yang legap dan mendalam. Memastikan kadar pemakaian yang lebih panjang tanpa perlu touch ups.

 

Koleksi liner terbaru ini terdiri daripada 8 warna yang berbeza: Deep Sea, Evening Sky, Rich Plum, Rich Ivy, Smolder, Black Chocolate, Hazy Brown, dan Blackout.