Hailey Baldwin Menggunakan Darahnya Untuk Melembapkan Kulit - Glam Malaysia

Hailey Baldwin Menggunakan Darahnya Untuk Melembapkan Kulit

Rawatan-rawatan muka vampire pernah menjadi trend dalam dunia kecantikan sebelum ini di mana rawatan yang menggunakan darah dilumurkan di atas muka untuk melawan kesan penuaan.

 

Foto: Instagram/@haileybaldwin

Model Hailey Baldwin memberitahu Teen Vogue mengenai trend yang melibatkan darah dalam produk kecantikan yang membolehkan dia menggunkan darahnya sendiri.

 

Foto: Instagram/@haileybaldwin

“Apabila saya menerangkan perkara ini kepada orang lain, mereka akan fikir yang saya sudah gila. Saya menggunakan pelbagai rangkaian produk oleh Barbara Sturm. Dia akan mengambil darah daripada lengan saya dan meletakkannya ke dalam sebuah mesin dan mesin itu akan mengasingkan plasma daripada darah sebelum dimasukkan ke dalam losyen untuk kulit,” terang Hailey mengenai rutin jagaan kulitnya.

 

Dr. Babara Sturm, pencipta krim MC1 yang digunakan oleh Hailey telah menerangkan bahawa dia menggunakan darah untuk rawatan kulit adalah kerana darah berupaya untuk menghasilkan protein yang boleh menyembuhkan kulit anda.

 

Dr. Sturm juga menerangkan tentang kebolehan sel darah putih untuk menghasilkan dua jenis proteini pemulihan: Interleukin 1-antagonist (mengurangkan keradangan oleh jerawat dan pendedahan matahari) dan juga TGF-beta yang berupaya untuk menguatkan tisu kulit dan merangsang penghasilan kolagen untuk mengurangkan kedut.

See also
Pengarah Artistik Wanita Pertama Dior Menawan Hati Dunia Fesyen Sekali Lagi

 

Untuk mencuba rawatan ini anda perlu ke Germany untuk berjumpa dengan Dr. Sturm sendiri dan bersedia untuk membelanjakan lebih kurang RM4216 untuk rawatan tersebut dan hopefully anda tidak takut akan darah.