Item Kecantikan Harus Bawa Kala Berlibur - Glam Malaysia

Item Kecantikan Harus Bawa Kala Berlibur

ISS_8066_06856

Gambar: INGimage


 
Persediaan sebelum pergi melancong sangat penting untuk memastikan percutian anda tampak glamorous. Persediaan ketika melancong sangat penting bagi wanita kerana wanita memerlukan penjagaan khas dari segi pakaian dan juga kecantikan. GLAM membantu dalam menyelesaikan masalah anda dengan menyenaraikan item kecantikan harus bawa kala berlibur.
 
Pelembap bibir

Kala anda bercuti di tempat yang panas pastikan anda membawa salap bibir kerana bibir anda cenderung untuk menjadi kering dan luka. Oles salap bibir dengan SPF15 bagi melindungi bibir dari kering.
 
Krim Perlindungan Matahari

Must have item in your makeup bag. Ini kerana jika anda bercadang untuk melancong di tempat yang panas, anda perlu memakai pelindung UV (lebih 50 PA). Bahkan jika anda melancong di tempat yang sejuk, anda perlu untuk menyapu pelindung UV untuk mengelakkan kulit dari menjadi gelap. Sekiranya kulit anda jenis yang berminyak atau liang pori besar, disarankan anda memilih krim berbentuk cecair atau gunakan jenis semburan kerana teksturnya yang lebih ringan dan tidak menimbulkan masalah pada kulit. Krim pelindung yang berbentuk stick tahan lebih lama kerana ia kalis air dan juga peluh.
 
Makanan Sampingan

See also
Sejenak Bersama Wan Nur Syaira Omar

Jangan lupa untuk mengambil makanan sampingan tatkala anda sedang bercuti. Vitamin tidak seharusnya dipandang remeh kerana sumber nutrisi ini penting untuk memastikan tubuh sentiasa segar dan sihat. Selain dari memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kadar yang banyak, jangan lupa untuk menyediakan pil tambahan di dalam travel beg anda. Paling penting ialah mendapatkan suntikan imunisasi jika destinasi yang ingin anda tuju terdedah dengan pelbagai jenis penyakit.
 
Pelembap Muka dan Badan

Perjalanan yang jauh sering menyebabkan kulit wajah dan badan anda menjadi kering. Pastikan anda sentiasa memakai pelembap untuk mengelakkan kulit menjadi lebih kering.
 
Sumber: EH!