Kit Pembayang Mata Dari Angkasa Lepas Oleh Pat McGrath - Glam Malaysia

Kit Pembayang Mata Dari Angkasa Lepas Oleh Pat McGrath

A post shared by Pat McGrath (@patmcgrathreal) on

Baru sahaja jurusolek lagenda Pat McGrath mengumumkan kerjasamanya bersama Selena Gomez x Coach, dia sudah pun mengumumkan satu koleksi baru yang pasti menjadi kegilaan ramai dengan pelancaran DARK STAR 006 pada 11 April ini.

 

Selepas McGrath memperkenalkan gaya solekan pembayang mata biru terang dan juga smoky eyes semasa Minggu Fesyen F/W baru-baru ini dengan kapsyen berbunyi β€œComing Soon from Pat McGrath Labs…..” ramai sudah memikirkan estetik produk yang bakal dikeluarkan oleh McGrath.

 

Kit pembayang mata yang bertemakan angkasa lepas ini juga terdiri daripada 3 kit yang berbeza: UltraViolet Blue, UltraSuede Brown, dan Dark Matter.

 

β€œKit DARK STAR 006 ini berkenaan dengan kegelapan yang tidak terhingga di angkasa lepas,” terang McGrath dalam satu kenyataan.

 
[envira-gallery id=”63895″]

Setiap kit ini terdiri daripada pigmen berwarna-warni Astral White, pigmen perak berkilauan Mercury, pigmen hitam Dark Matter, kohl mata SmudgeLiner, Blender Brush dan juga gloss mata Cyber Clear untuk harga $95 bagi kit Dark Matter sahaja.

See also
Scarlett Johansson Berpisah Dengan Suaminya Selepas Dua Tahun