Kuasa Ekstrak Ginseng - Glam Malaysia

Kuasa Ekstrak Ginseng

oleh: Amira Azman
 
Editor's Pick 2016 (WEB)
 
Ketahui lanjut kehebatan serta fungsi ginseng Korea dalam amalan kecantikan serta penjagaan wajah holistik Sulwhasoo dalam krim ikoniknya, Sulwhasoo Concentrate Ginseng Renewing Cream.
 
Apakah fungsi sebenar ginseng? Sering melihat bahan ini terkandung di dalam resipi cantik holistik terutama di kalanganmasyarakat Korea. Mengapa mereka memilih ginseng sebagai bahan utama lebih-lebih lagi untuk merawat kulit menua?
 
Antara kehebatan ekstrak ginseng ini adalah seperti mampu membantu memulihkan kembali sel kulit baharu serta menyahkan sel kulit mati. Ia juga membantu mempromosikan sirkulasi darah menerusi saluran limfa serta secara langsung dapat mengembalikan keserian wajah.
 
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan sinar sihat buat kulit anda? Ada yang mengimpikan raut wajah yang bersih, bebas kedutan serta sembapan. Langkah pertama adalah dengan mengetahui faktor kulit tidak sihat. Kadang-kala, kita juga tidak menyedari bahawa pencemaran sekeliling menjadi faktor mengapa kulit menua sebelum usianya.
 
Selain daripada mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat, kedutan dan garis halus ini boleh dirawat melalui amalan rutin kecantikan dengan adanya produk premium di pasaran. Penuaan yang diakibatkan oleh penuaan ekstrinsik (persekitaran dan gaya hidup) ini secara amnya mampu dirawat berbanding penuaan jenis intrinsik.
 
Melalui formula khas yang diperoleh daripada bahan agung ginseng ini membolehkan kumpulan Sulwhasoo hadir dengan satu kajian bagi menghasilkan krim wajah sempurna dan sesuai buat semua jenis kulit yang mahu memulih kulit menua.
 
Kuasa kristal ginseng yang diambil ekstraknya daripada bahagian akar dan buah sebenarnya mampu membantu mengukuhkan lagi bahagian lapisan kulit paling dalam selain menjadi penghalang teguh kepada faktor kulit menua. Ia bukan sahaja menjadi penghadang malah pelindung buat kulit daripada pencemaran di sekeliling.
 
Krim berkonsentrasi tinggi ini cukup kaya dengan kepekatakan krimnya yang sekaligus memberikan hasil paling optimum. Selain ginseng sebagai bahan utama, ia juga mengandungi bahan lain daripada ekstrak tumbuhan yang memberi manfaat antioksida pada kulit wajah.
 
Krim ini juga bertindak sebagai krim pelembap yang mampu membuatkan kulit kekal lembap dan terhidrat.
 

See also
Datin X: Parti Liar Di Luar Negara