MAC Shadescents: Haruman Berinspirasikan Gincu - Glam Malaysia

MAC Shadescents: Haruman Berinspirasikan Gincu

More gift ideas for you, lovely ladies!

 

https://www.instagram.com/p/BNFAZNej0IP/?taken-by=maccosmetics

 

 

MAC Cosmetics sememangnya antara jenama kosmetik terbesar, dan saban hari menjadi label kegemaran apabila diperkatakan tentang persolekan! Sekarang mereka ingin meluaskan lagi “jajahan” mereka dalam dunia kosmetik dengan menjelajah ke industri wangian dan haruman!

 

Jenama gergasi itu telah mengumumkan berita gembira itu melalui media sosial rasmi mereka. Bernamakan Shadescents, mereka juga berkata bahawa keenam-enam haruman tersebut berinspirasikan rona gincu kegemaran all-time mereka, termasuklah Ruby Woo bak merah saga, Velvet Teddy dan Lady Dander.

 

 

 

Menurut majalah Elle, setiap minyak wangian tersebut mempunya identiti tersendiri bagi melengkapkan gaya seseorang ketika mengenakan gincu bernama sama. Yang membezakan Shadescent dari haruman jenama lain ialah terdapat hanya satu nota bau bagi setiap satu haruman (kebanyakkan wangian lain berkombinasikan pelbagai nota bau).

See also
Cara Terbaik Untuk Kecilkan Liang-Liang Pori Tanpa Belanja Besar

 

Anda boleh mula menempah wangian unik ini dari 30 November di lawan web mereka dan bakal ke butik MAC secara fizikal pada 8 December. Waiting has never been so exciting!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah