Mario, Jurusolek Tersohor Barat - Glam Malaysia

Mario, Jurusolek Tersohor Barat

Kenali jurusolek terkenal di industri hiburan barat, Mario Dedivanovic!

 

 

 

Beliau sering diterbangkan di seantero dunia kerana kemahirannya yang cukup in demand. Disaat Mario tidak mengelilingi dunia atas sebab kerjayanya, beliau membahagikan masa emasnya di kota New York dan Los Angeles.

 

 

 

 

Selepas lebih sedekad bekerja dalam industri kecantikan, Mario kian menjadi jurusolek pilihan ramai selebriti dan ikon berprofil tinggi, sekali gus menempa namanya sebagai salah satu jurusolek terbaik kini!

 

 

 

 

Kolaborasi beliau tersohor dalam kempen-kempen fesyen serta melengkapkan gaya karpet merah para selebriti. Kemahiran, bakat, peribadi dan perhatian beliau kepada perkara terkecil membuat dirinya terkenal sebagai seorang yang teliti dan menghasilkan kerja yang bermutu dalam setiap transformasi.

 

 

 

 

Clientele beliau termasuklah keluarga Kardashian, Priyanka Chopra, Chrissy Teigan, Rosie Huntington-Whiteley, Ciara, Katy Perry, Jennifer Lopez dan beratus lagi! Hasil kerja Mario telah mendapat perhatian berpuluh-puluh majalah fesyen ternama, termasuklah ELLE, Vogue, Harper’s Bazaar dan W.

 

 

 

Mario juga sering “dikejar” kerana kemahirannya dalam bidang persolekkan dan di samping berkongsi pendapat beliau dalam artikel mengenai perihal solek! Mario merupakan jurusolek selebriti yang mempunyai pengikut teramai di dunia, dengan lebih 2.8 juta peminat setia!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah