OBSESI Cantik: Efza Muhammad - Glam Malaysia

OBSESI Cantik: Efza Muhammad

efza

Kelibat wanita berusia 37 tahun ini sering kelihatan di majlis-majlis glamor, dibaluti persalinan mewah serta aksesori terkini. Tidak pernah kalah dalam penampilan, Efza seloroh mengenai suasananya membesar dalam keluarga bersaiz sederhana yang banyak memberikan kelebihan. Setiap perkara diambil berat oleh ibunya, lebih-lebih lagi mengenai kecantikan, soal makan, minum, produk serta amalan penjagaan kesihatan, segala-galanya serius.

 

“Saya didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai kecantikan oleh ibu sejak kecil. Dalam memahami apa yang cuba diterapkan olehnya, ia telah menjadi sebati dalam diri sehingga dewasa. Kalau ditanya pada wanita sekeliling, siapa yang tak mahu cantik? Rata-rata mahukan sesuatu yang istimewa buat diri sendiri, begitu juga dengan saya,” katanya.

 

Tambah Efza lagi penjagaan kesihatan serta kecantikan amat berkait rapat. Ia bagaikan hubung kait yang tidak akan berpisah. Seandainya kurang salah satu darinya maka sukar untuk wanita itu menonjol.

 

“Sebab itu saya menjaga imej, keyakinan pada pandangan pertama memberikan banyak peluang perniagaan. Mungkin ramai yang tidak percaya saya hanya setia menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat ibu saya iaitu Athira Kosmetik sejak 2005 lagi sehingga sekarang. Kulit yang cantik hanya boleh dicapai dengan penggunaan produk yang baik. Kebanyakan mereka di luar sana tidak memahami kaedahnya, ramai yang inginkan kesan yang cepat tanpa bersabar. Cuba bayangkan apa yang berlaku pada kulit jika hanya dalam masa seminggu sahaja sudah nampak kesan perubahannya. Ia bermakna kandungan kimia yang kuat. Kesannya bukan jangka pendek, tetapi memudaratkan,” ujarnya.

See also
Fleur du Désert Taruhan Terbaru Louis Vuitton

 

Kaedah holistik penting dalam menjaga kecantikan. Perlu tahu bagaimana keadaan badan bertindak balas dengan produk yang digunakan. Jika tanda awal memberikan kesan yang tidak seperti yang dijanjikan nasihatnya, berhenti serta-merta.

 

“Jangan dek kerana banyak produk menawarkan harga yang murah dan kesan yang cepat, kita cepat terpedaya. Namun berbeza dengan Athira Kosmetik yang menggunakan kaedah kosmeseutikal saintifik, yakni menggabungkan antara bahan farmaseutikal dan kosmetik. Proses yang diambil bukan sekelip mata, kaedah ini berfungsi untuk melancarkan metabolisme kulit dengan memberikan laluan untuk kulit baru tumbuh tanpa berlaku pengelupasan,” katanya.

 

Sebelum kami berpisah, sempat saya bertanya apa yang sering menjadi pegangan buat dirinya sehingga sekarang. “Everything needs money, but money is not everything. Jika ada ilmu yang ingin diperturunkan buat cahaya mata saya suatu hari nanti pasti segala-galanya mengenai perniagaan.”