Rahsia Awet Muda: Dr. Alice Prethima Michael - Glam Malaysia

Rahsia Awet Muda: Dr. Alice Prethima Michael

alice
 

Membaca profil dirinya yang amat mementingkan kecantikan, saya sungguh teruja bertemu denganya. Tepat waktu dijanjikan yang dinanti tiba dengan teksi dengan wajah ceria. Meski jadualnya sibuk kerana dalam beberapa jam lagi dia akan terbang ke Bangkok memenuhi jemputan forum, dia tetap memenuhi temujanjinya dengan GLAM.

 

Sambil menarik bagasi Louis Vuiton yang penuh dengan aksesori dan kasutnya, dia berkata “Saya sebenarnya sudah bersolek sebelum ke sini untuk mempercepatkan proses menyolek dan berdandan untuk fotografi”. Memang masa sangat mencemburui wanita yang memiliki kepakaran dalam bidang kecantikan ini terutamanya dalam membantu memperlahankan proses penuaan. Sementara menunggu untuk merakam gambarnya saya mengambil kesempatan menemubualnya.

“Saya menganggap diri saya seorang yang artistik. Masa muda dulu saya pernah menjadi penari tradisional dan banyak menghabiskan masa melukis. Tetapi saya datang daripada keluarga India tradisional yang mahukan anak gadis mereka memilih bidang profesional. Mereka mahu saya menjadi doktor.

 

Mula mendalami kursus perubatan seawal usia 15, katanya ketika itu dia tidak berapa pasti akan hala tuju sebenarnya. Apapun katanya menurut kata keluarga adalah sesuatu yang tepat. Dia berjaya menjadi doktor dan 10 tahun pertama kerjayanya, Dr. Alice merupakan pakar obstetrik dan ginekologi di dalam sektor kerajaan.

See also
Raikan Wajah Polos Dengan #BarefacedBeautiful

 

“Soal kerja, segalanya baik-baik sahaja. Namun, ada sahaja yang tidak kena dengan jiwa ini. Saya berhenti and I decided to have my own practice on total well being. Saya memfokuskan pada semua yang berkaitan kesihatan wanita terutama mereka yang berusia 30-an. I wanted to be there for them, to empower them, both for their health and also to make them look better and more beautiful,” ujar Dr. Alice yang sehingga kini gigih membantu para wanita sebagai doktor dalam bidang estetik dan kosmetik surgeri.

 

Setiap wanita cantik pasti ada cara penjagaan kulit mereka tersendiri. Apabila ditanya pada dirinya mengenai rejim penjagaan kecantikan diri dia selamba menjawab, “Sebenarnya saya seorang yang malas. Saya bukanlah jenis yang suka memakai pupur di muka, letak uncang teh di mata, tidak, saya bukan begitu!” dia berkata sambil ketawa. Ini kerana dia seorang yang sibuk ke sana-sini menguruskan kerjayanya. Namun, katanya apa yang paling penting untuk menjaga kecantikan ialah dengan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti senaman pada sebelah pagi.

See also
40 Inspirasi Solekan Musim Hadapan

 

“Saya tidak suka melakukan rutin yang sama setiap hari. Ia membosankan malah saya juga tidak boleh duduk diam! I’ll do combinations like kickboxing dan kadang-kadang membuat senaman yoga. Biasanya saya akan membuat sekurang-kurangnya enam kali seminggu, apa sahaja senaman yang boleh dilakukan, saya akan buat.”

 

Selain membantu wanita dalam hal-hal kecantikan, Alice juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit asas yang disyorkan pada pesakitnya. Jadi rutin penjagaan kulit wajah hariannya sudah tentu dengan menggunakan produk ini. “Tiga produk di bawah jenama saya yang saya gunakan ialah pencuci muka, pelembap dan yang paling penting pelindung suria. Saya percaya ia bagus untuk melindungi kulit daripada selaran cahaya matahari dan masa sama mengekalkan tona kulit menjadi lebih sekata.”

 

Bercerita tentang rejim kecantikannya lagi, Dr. Alice menambah, “I only wear mineral make ups. Apa yang dioles di muka, haruslah bersih dan sihat! Itu sahaja rutin saya.

Selain rutin asas penjagaan muka, bagaimana mahu kekal lebih cantik? Buat masa sekarang, saya sedang lakukan rawatan sel-sel stem kulit pada wajah dan tubuh saya, it is one of my product that is produced in Germany with the help of scientists. Rawatan ini membantu menghilangkan kedutaan di muka.”

See also
GLAM Deko Inspirasi - 10 Haruman Sepanjang Musim Bunga

 

Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai bidang karier walaupun anda seorang doktor? “Because I like to be beautiful!” katanya sambil ketawa. “ Ya, saya tahu sekarang ini, ramai yang memilih bidang ini kerana mahu mendapat keuntungan segera. Tetapi tidak pada saya. Ini adalah kecintaan saya dan saya berasa seronok dan bahagia melakukannya.

 

Jujur saja saya katakan dulu saya sendiri tidak tahu, bidang ini mampu menjana duit ataupun tidak. It was so new at that time. Saya sendiri tidak pasti apakah wanita tempatan mahu menggunakan teknologi moden dalam amalan kecantikan pada ketika itu.” ujar Dr. Alice mengakhiri bicara.