Rahsia Awet Muda

Rahsia Awet Muda

Beauty1
 
Wanita mana yang mahu tua? Namun, itulah fitrah kehidupan yang tidak boleh dilawan. Walaupun begitu, dengan revolusi teknologi kecantikan hari ini, kita mampu melengahkan masa dari meragut keremajaan sedia ada. Mari kita singkap rahsia muda…agar di mata si dia, anda masih serupa tidak di makan usia-sama sebagaimana temu janji pertama.
 
Faktor-Faktor Intrinsik Dalam Penuaan Kulit?
Penuaan kulit intrinsik ditentukan mengikut faktor genetik, status hormon dan tindak balas metabolik, seperti tekanan oksidatif. Kulit berdepan dengan risiko untuk kesan degeneratif yang sama dilihat pada organ-organ lain, namun kulit lahir pada zahirnya, ia mendedahkan ajnas aspek kesihatan dalaman anda.
 
Genetik
Penuaan selular adalah proses di mana sel menjadi tua dan sukar dipulihkan. Fenomena ini terjadi hasil kerosakan DNA yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti radiasi UV, toksin, atau kemerosotan kulit dek kerana meningkatnya usia. Skin cells are some of the most rapidly dividing cells in the body. Kerosakan DNA menyebabkan kulit mula merosot, terutamanya jika usaha-usaha untuk melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan tidak diendahkan.
 
Hormon
Bagi wanita, perubahan hormon estrogen khususnya berlaku ketika menopaus disertai dengan perubahan ketara kulit. Estrogen mempengaruhi ketebalan kulit, kedutan dan kelembapan. Bila estrogen menurun, pembaharuan sel kulit menjadi lemah maka epidermis dan lapisan dermis menjadi nipis. Kapilari peredaran darah berkurangan dengan ketara dan keupayaan kulit mengekalkan penghidratan, kekuatan dan keanjalan turut merosot.
 
Tekanan Oksidatif
Sebagai penghalang paling luar yang memisahkan tisu dalaman dengan alam sekitar, kulit kerap terdedah kepada sinaran UV dan pencemaran udara. Pendedahan ini mendorong pengeluaran molekul tidak menentu yakni radikal bebas menghalang keburukan dalam persekitaran sel kulit. Serangan kronik radikal bebas membawa kepada ton tidak sekata, pigmentasi blotchy, dan memutarbalikkan rangka kerja struktur kulit serta berkedut dan kendur.

    • Tahukah anda, kira-kira 16 hingga 22 kaki persegi permukaan wajah, skin is far more than merely a protective barrier? Kulit adalah organ yang berfungsi mengawal sistem perkumuhan bahan buangan metabolisme, mengawal suhu, juga termasuk reseptor kesakitan, sensasi sentuhan, dan juga tekanan.
See also
Sublimage Cleansing Collection, Powerful On Result, Gentle On Skin!

 

    • Kulit adalah pusat pengimbau sosial dan visual yang menggambarkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan penuaan.

 

    • Penuaan kulit dipengaruhi banyak faktor termasuk radiasi ultraungu, pengambilan alkohol yang berlebihan, penyalahgunaan tembakau, dan pencemaran alam sekitar.

 

    • Ada yang menyedari bila berat badan bertambah, tahap gula dalam darah juga sama meningkat. Tindak balas biokimia mengganggu struktur kulit anda. Gabungan faktor-faktor ini membawa kepada kemerosotan kulit dan juga fungsinya.

 

    • Penuaan kulit selalunya dikaitkan dengan kehilangan serat tisu, kadar pertumbuhan sel baru yang perlahan, vaskular dan rangkaian kelenjar yang berkurangan.

 

  • Namun semuanya bergantung kepada genetik juga gaya hidup anda. Fungsi fisiologi normal dalam kulit boleh merosot sebanyak 50 peratus pada peringkat umur pertengahan. Melainkan anda telah mengambil langkah pencegahan bagi menyokong sistem pertahanan intrinsik kulit anda agar ciri-ciri keremajaan kulit tidak mudah merosot dengan cepat. Di sinilah barisan produk mewah lagi inovatif dapat membantu anda meraih kembali wajah pada sekitar usia 20-an.
See also
5 Stail Selebriti 'TO LOOK FORWARD' in 2024