Rahsia Cantik Diana Danielle - Glam Malaysia

Rahsia Cantik Diana Danielle

diana4
GLAM selongkar rutin cantik pelakon dan penyanyi tanah air, Diana Danielle.
 
Apakah rutin kecantikan anda setiap pagi selepas bangun tidur?

Saya mengamalkan rutin cantik disebelah pagi dengan tidak melebihi daripada tempoh 15 minit. Saya mulakan dengan mandi kemudian memanjakan kulit dengan sapuan losen. Pilihan losen badan saya adalah daripada rangkaian Laura Mercier body & bath. Ia meninggalkan kesan lembapan yang sempurna pada kulit serta bau yang cukup menyamankan. Kemudian, saya akan melakukan tiga langkah wajib dengan menggunakan produk Dr Anshaw daripada Klinik Meridien yang terletak di Mont Kiara. Saya sudah bersamanya selama dua tahun dan yang menjadi kegemaran saya sudah tentu pelindung sinar SPF 50+.
 
Apakah item kecantikan yang wajib ada dalam tas tangan harian anda?

Pelindung sinar, eyeliner, maskara, gincu bibir serta perfume!
 
Sebarang petua kecantikan yang diamalkan?

Saya mengambil makanan tambahan setiap hari iaitu Moringa dan juga segelas air dengan campuran Habbatus Sauda. Saya juga gemar membuat jus hijau yang dicampur bersama susu unta untuk mengekalkan kesihatan badan secara menyeluruh. Percaya atau tidak, demam dan selsema dalam masa sehari kerana mengamalkan rutin ini.
 
Boleh kongsikan langkah penjagaan wajah anda di sebelah malam?

See also
Nama Selena Gomez Telah Di-Trademark Untuk Dirinya Sahaja

Cleanse, tone and moisturize! Saya akan mencuci wajah dengan pencuci daripada Dr Anshaw, kemudian toner daripada jenama Origins. Akhir sekali, pelembap wajah juga daripada Dr Anshaw. Kadangkala saya akan menyapu serum jenama La Mer hanya bila diperlukan sahaja. Teman saya yang merupakan seorang jurusolek memperkenalkan saya kepada The Body Shop Eye Gel. Amazing product!
 
Kongsikan rutin solekan harian anda?

Saya tidak bersolek pada hari-hari biasa. Namun jika perlu bersolek, saya juga akan lakukan tidak lebih daripada 15 minit dan akan fokuskan pada bahagian mata. Bedak asas pilihan sudah tentu daripada Luxuria Cosmetics Anti Aging Foundation kerana teksturnya sangat ringan dan membuat wajah tampak lebih glowy. Kemudian saya oleskan pembayang mata berona bronze, calitkan celak mata, ketip bulu mata kemudian sapuan maskara menggunakan Luxuria Cosmetics  Volumizing Mascara.
 
Bagaimana pula dengan wangian pilihan anda?

Dolce & Gabbana Light Blue juga Versace Bright Crystal.
 
Signature scent anda?

Saya memiliki lebih daripada satu haruman hinggakan saya tidak mampu memilih dan menjadikan sebagai haruman signature! Bagi saya, haruman yang saya semburkan bergantung pada mood juga ke mana saya akan pergi pada hari itu.
 
Bagaimana anda mengekalkan bentuk badan?

See also
Fresh Off Vouge, Elle Fanning Dilantik Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris

Saya bersyukur kerana memiliki genetik daripada ibu yang kurus. Namun, tubuh badan masih harus dijaga. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bersenam.
 
Adakah anda mengikuti sebarang kelas fitness?

Saya suka berenang kerana ia mampu membina stamina badan serta mengekalkan fleksibiliti sendi. Anak-anak saya juga sangat gemar bermain air!
 
Pendapat anda tentang surgeri kosmetik?

Belum tentu diri saya akan berasa selesa apabila wajah diubah. Ini kerana saya tidak tahu jika ia benar-benar akan tampak cantik sehinggalah prosedur surgeri itu selesai. Dengan banyak kes-kes pembedahan plastik yang tidak berjaya, ia membuatkan saya lebih takut.