Rahsia Cantik Nana Al-Haleq - Glam Malaysia

Rahsia Cantik Nana Al-Haleq

GLAM selongkar rutin cantik Nana Al-Haleq, Selebriti Fitness
 
Nana Al-HaleqCOVER
 
Kongsikan rutin kecantikan anda setiap pagi selepas bangun tidur.
 
Selalunya saya akan ke dapur dan minum satu hingga dua kelas air putih untuk memastikan sistem dalam badan berjalan dengan sempurna. Buat masa ini, Derma RX adalah yang terbaik buat kulit saya kerana saya memiliki kulit sensitif dan kering. Oleh kerana saya sangat aktif dan sering berpeluh, kadangkala di bahagian hidung pasti akan muncul whitehead, jadi saya akan sapukan Derma RX Comedone Formula. Kemudian Derma RX Max C diikuti Illuminator dan Rejuvenator daripada jenama yang sama.
 
Apakah item kecantikan yang wajib ada dalam tas tangan harian anda?
 
I usually have eyelash extension on, jadi saya akan sentiasa membawa sikat bulu mata kerana saya suka bulu mata saya tampak cantik dan on fleek setiap masa. Saya juga wajib membawa Palmers Cocoa Dark Chocolate & Cherry Lip Butter di dalam tas tangan saya.
 
Sebarang petua kecantikan yang diamalkan?
 
Ibu saya selalu mengingatkan untuk mengambil sayur-sayuran hijau juga minum air dengan banyak! Saya juga mengambil makanan tambahan Spirulina daripada jenama Elken. Sebenarnya, sayuran ini mampu membuatkan kulit kita lebih berseri dan sihat. Selain itu, minyak kelapa dara juga antara yang saya amalkan. Biasanya saya gunakan untuk rambut, kulit, bibir dan juga minum!
 
Kongsikan rutin solekan harian anda?
 
I am minimalist. Bagi saya, lebih minimal solekan ditata pada wajah, lebih tampak muda. Selesai dengan rutin penjagaan wajah, saya akan sapukan asas primer daripada MAC. Kemudian saya sapukan Laura Mercier Tinted Moisturizer. Akhir sekali, saya akan layangkan pemerah pipi Dainty Blush daripada MAC.
 
Bagaimana pula dengan wangian pilihan anda?
 
Saya selalunya menyembur haruman lelaki kerana harumannya lebih seksi. Pilihan saya Chanel Allure Sports dan Davidoff Cool Water for Men. Namun, segalanya berubah selepas suami saya menghadiahkan Chanel Mademoisellew. Sehingga kini ia menjadi haruman signatur saya. Daripada losen badan, penyembur rambut, body oil, u name it, segalanya daripada Chanel mademoiselle.
 
Bagaimana pula anda mengekalkan bentuk badan?
 
Amalan pemakanan yang betul. Saya hanya makan mengikut keperluan nutrien makro seperti protein, lemak dan karbohidrat. Dan saya seorang yang makan banyak hingga ke 2200kcal sehari kerana ingin mengekalkan figura otot. Dan diet saya pula cukup mudah, amalkan nutrisi pemakanan sihat, kurangkan pengambilan gula dan garam, ambil sayur-sayuran dan minum air kosong. Saya ambil nasi daripada beras basmati juga beras perang serta kentang manis sebagai pengambilan makanan karbohidrat. Sebolehnya saya akan mengelakkan roti juga makanan yang diproses. And my meat are all grass fed! Buah-buahan pilihan pula adalah blueberries, strawberries, ceri juga persimmons.

See also
Pancaran Permata Romantis Goldheart Serlah Aura Ratu Sehari