Rawatan Kuku Tradisional

Rawatan Kuku Tradisional

Naeem KhanGambar: TPGVIP

 
Benar kata orang, wanita sering menjadi perhatian. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kuku kesemuanya menjadi tatapan! Tingkatkan penjagaan kuku anda dengan rawatan magis di rumah.
 
1. Minyak Zaitun
Sapuan minyak zaitun yang meresap terus ke dalam kuku berupaya mengekalkan kelembapan berpanjangan manakala kandungan khasiat Vitamin E menguatkan lagi kuku anda serta turut memulihkan kuku rosak.
 
2. Urutan Lembut
Ya, kuku juga memerlukan urutan. Urut lembut kuku anda menggunakan pelembap atau krim kuku, ianya membantu peredaran darah seterusnya menghasilkan kuku sihat lagi kuat.
 
3. Selamat Tinggal Kulat!
Amat memalukan jika kuku anda dijangkiti kulat! Untuk mengelakkannya dari terjadi, pastikan kebersihan kuku anda dijaga. Gunakan skrub serbuk penaik atau rendam kuku anda ke dalam air garam bagi menjauhi infeksi.
 
4. Biotin
Pengambilan vitamin yang mengandungi khasiat biotin atau juga dikenali sebagai vitamin H membantu pertumbuhan keratin kuku seterusnya menggalakkan lagi pertumbuhan. Namun  anda haruslah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan makanan tambahan. Biotin juga boleh diperolehi menerusi makanan seperti bijirin, badam, susu dan strawberi.
 
 

See also
20 Beauty Weapons From Sephora