Rutin Cantik

Rutin Cantik Untuk Diikuti Sepanjang 2016

Backstage10Gambar: TPGVIP

 
Melembap selepas mandi
Anda sudah maklum, pancuran air panas menyerap hidrasi kulit. Krim muka dan losen badan adalah pengganti. Simpan losen di dalam bilik mandi supaya dapat dilihat. Jika anda biarkan kulit tanpa melumur losen kulit mula kehilangan kelembapan.
 
Aplikasi pelindung sinar
Setiap pakar kulit pasti tidak jemu menasihati akan aplikasi pelindung matahari setiap hari, sekurang-kurangnya SPF 30. Cabarannya adalah untuk mencari krim yang menawarkan perlindungan yang mencukupi dan memberi keselesaan pada wajah. Cari “nongreasy” atau “sheer” pada label.
 
Mandi selepas bersenam
Kini ramai yang mula menyertai gim dan studio senaman untuk memberi tumpuan kepada Spinning, Boot Camps, Yoga, atau Pilates tetapi sering lupa membersihkan diri selepas itu. Akibatnya, anda sering berdepan dengan jerawat dan acne. Sediakan pad salisilik asid dalam beg sukan dan selepas bersenam lapkan pada muka, belakang, dada dan sarungkan baju yang bersih. Sebaik sampai dirumah, mandi secepat mungkin.
 
Rancang ujian tahi lalat tahunan
Dapatkan nasihat dermatologist berkenaan kulit anda sekali dalam setahun. Untuk memudahkan anda, set temujanji tahunan berkaitan (fizikal, mamogram, dermatologi) semasa cuti dan masa-masa lapang. Sebelum meninggalkan klinik doktor, rancang temujanji untuk tahun depan!
 
Lakukan pengelupasan kulit
Umur 30, seorang dewasa memerlukan 28 hari untuk baik pulih. Ketika itu sel-sel kulit akan kering dan kehilangan serinya melainkan anda melakukan proses pembaharuan yakni pengelupasan. Cuba skrub wajah yang lembut sekali atau dua kali seminggu untuk membuang sel-sel kulit mati.
 
Fokus pada tangan
Untuk menjaga kedua-dua tangan dan kuku daripada kering, elakkan gel antibakteria. Sapu krim pelembap kuku dan tangan. Sapuan pada bahagian terdedah dan memerlukan perlindungan.
 
Bersihkan berus solekan
Berus kotor akan mengalakkan pembiakan  bakteria yang boleh menyebabkan kerengsaan. Bersihkan berus solek anda seminggu sekali dengan sabun tangan atau syampu bayi dan air suam. Bilas dengan bersih. Perah air yang berlebihan dan biarkan berus kering dengan sendiri.
 
Keep your hands off your face
Tahukah anda, menyentuh muka dengan jari menyebabkan liang tersumbat dan kotoran pada kulit. Lawan rasa itu, jika tidak, sapukan krim hydrocortisone segera bagi membantu menenangkan keradangan dan mengelak parut kekal.
 
 

See also
10 Supermodel dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia.