Sembang Cantik: Elsa Hosk - Glam Malaysia

Sembang Cantik: Elsa Hosk

“Saya tidak memiliki kulit sempurna setiap masa, jadi saya harus menjaga kulit dengan sebaik-baiknya.” -Elsa Hock

 

elsa-hosk-3_high-res

Persamaan falsafah kempen Live More oleh Biotherm dengan anda?
Biotherm begitu dekat dengan falsafah hidup saya iaitu nikmati dan jalani hidup dengan sepenuhnya dan menjadi duta jenama ini pula adalah satu penghormatan buat diri saya.
 
Mengapa memilih Biotherm?
I have Swedish fair skin dan sering berkerja di bawah terik matahari dan sentiasa mengenakan solekan. Oleh kerana itu, saya harus mencari solusi terbaik untuk memulih kulit muka sekaligus menampakkan perbezaan yang sihat.  Biotherm memiliki segala yang saya mahukan.
 
Anda bagaikan mewakili wanita generasi kini di luar sana yang menganggap kecergasan dan kesihatan adalah sama penting dengan kecantikan.
Ya, saya merupakan seorang atlet sebelum bergelar model. Hingga ke hari ini, saya masih melakukan pelbagai jenis sukan seperti boxing juga pilates.
 
Bagaimana Biotherm menyempurnakan hidup anda?
Jenama ini cukup sempurna kerana ia bagaikan memahami gaya hidup saya. A lifestyle of an active woman.


life-plankton-mask-75ml

1. Pupur jenis gel yang dicipta daripada plankton hidup ini memiliki 35 jenis nutrisi yang mampu memberikan kesan pemulih terbaik serta membantu merawat kulit wajah yang rosak. Biotherm Life Plankton™ Mask
 
alpha-fit

See also
Rahsia Kecantikan Scha Alyahya

2. Bukan sahaja anda, malah si suami ataupun buah hati tersayang juga harus turut sama kekal cantik dan berseri. Hadiahkan si dia mesin berus pencuci muka yang mampu membersih segala kotoran yang terdapat pada permukaan kulit. Clarisonic Alpha Fit RM890
 
grandiase-liner-closed-pack-wand-black
 
3. Serlahkan keserian mata dengan sentuhan penggaris mata cecair rona hitam yang memukau. teknologi terbaru sentuhan jenama membolehkan anda mencalitnya  dengan mudah kerana boleh membengkok 35 darjah. Lancôme Grandiôse Liner RM115

wonder-mud
 
4. Berikan wajah lebih perhatian dengan merawat kembali setelah seharian  terdedah dengan aktiviti luar serta sinar terik matahari yang berlebihan dengan sapuan masker khas Biotherm Wonder Mud RM22/75ml.