Solekan Flawless Boleh Dicipta Menggunakan Tiga Helah Ini

Tiga Helah Untuk Dapatkan Asas Solekan Flawless

Anda inginkan solekan flawless ibaratkan tidak memakai asas solekan langsung? Dengan menggunakan helah dan trik yang betul anda mampu mencapainya!

Belajar bersolek tanpa tampak capuk bukannya satu perkara yang dapat dicapai dalam masa sehari. Ia memerlukan kesabaran, masa dan alatan yang sesuai. Semua wanita dambakan solekan sempurna tanpa cela, lagi-lagi tanpa garis pada muka sebaik sahaja mengenakan bedak asas.

Usah risau, kami di GLAM sedia membantu anda dengan tips and tricks untuk dapatkan solekan flawless dengan hanya tiga cara mudah.

Alatan Untuk Bantu Dapatkan Solekan Flawless

Apabila memakai bedak asas, kami lebih gemarkan menggunakan alat solek seperti berus dan span. Alatan yang terbaik untuk digunakan seharusnya rasa lembut pada kulit dan mudah untuk digunakan. Sebelum anda membeli berus atau span yang sedia ada di pasaran, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan antaranya ialah:

  • Utamakan berus yang berkualiti. Berus solekan yang baik diperbuat daripada bulu yang padat, pemegang berus kayu atau plastik berkualiti tinggi serta bentuk yang baik. Malah, apabila menggunakan berus, bulu tidak mudah tercabut dan ia lebih smooth apabila disapu pada wajah.
  • Semak material berus sebelum membeli. Kebanyakan berus solekan diperbuat daripada gentian sintetik ataupun semula jadi iaitu bulu haiwan seperti kambing ataupun musang. Kami cadangkan untuk menggunakan berus gentian sintetik kerana bukan sahaja ia cruelty-free, ia juga hampir sama dengan bulu sebenar pada harga yang lebih berpatutan.
  • Kualiti span memainkan peranan penting. Ini kerana span yang baik mampu meresap bedak asas atau pemerah pipi dengan baik dan pada masa yang sama memberi kemasan semula jadi. Span jenis silikon menyerap produk sedikit sahaja jadi ini dapat elak pembaziran manakala span jenis foam pula paling ringan dan dapat berikan kemasan seperti air-brushed.

Jadi dengan informasi ini, kami cadangkan tiga alat solekan flawless terbaik untuk penampilan menawan anda.

See also
Ritual Penjagaan Gigi Bersama ZenyumFresh

1. Berus Bedak Asas Flat

solekan flawless

Foto: Freepik

 

Berus klasik untuk menghasilkan kemasan yang licin.

Cara Penggunaan: Guna belakang tangan sebagai palet dan sapukan dengan gerakan ke bawah bermula di tengah-tengah wajah, di mana anda perlu liputan yang penuh.

Jika anda menukar arah berus, anda sebenarnya membuat bulu-bulu kecil pada wajah kelihatan. Sapuan ke bawah menutup liang roma dan garis-garis halus, memberi anda perlindungan semula jadi yang berpanjangan.

2. Berus Buffing

solekan flawless

Foto: Fenty Beauty

Kunci utama untuk mencapai kesan solekan airbrushed.

Cara Penggunaan: Letak bedak asas di belakang tangan anda, ambil sedikit dan letakkan di hujung berus dan kemudian sapukan ke muka bermula dari tengah dalam gerakan bulat kecil.

3. The Wedge Sponge

solekan flawless

Foto: Pexels

Span persegi membolehkan anda untuk menggunakan hanya satu alat solek untuk seluruh wajah.

Cara Penggunaan: Sapukan bedak asas pada bahagian mendatar dan aplikasikan pada kawasan yang lebih besar daripada muka anda, bermula dengan gerakan stippling atau patting.

See also
50 Shades of Romance Antara Dakota Johnson & Chris Martin Mungkin Benar?

Sebaik sahaja anda mendapat liputan yang diingini, tukar span pada sisi yang belum digunakan. Bersihkan solekan pada hidung, di bawah mata juga keluk dan kontur wajah yang rumit.

Kekerapan Membersih Berus & Span Solekan

Menurut American Academy of Dermatology Association, kita digalakkan untuk mencuci berus solekan dan span setiap tujuh hingga 10 hari bagi melindungi kulit dan membunuh sebarang bakteria berbahaya. Cara untuk membersihkan berus pula adalah:

  1. Bilas hujung berus dalam air suam dan alirkan ia di bawah air untuk tanggalkan sisa solekan. Bilas hanya bahagian hujung untuk berus tercabut daripada pemegangnya.
  2. Isi sebuah mangkuk dengan air suam dan pencuci solekan.
  3. Rendam hujung berus sahaja dalam larutan ini dan putar berus ataupun span sebaik mungkin. Guna tangan untuk membersih sisa solekan.
  4. Bilas hujung berus di bawah air mengalir sehingga berus dan span tampak bersih.
  5. Perah air yang lebih menggunakan tisu atau tuala yang bersih dan kering.
  6. Jemur berus rata di atas tuala bersih. Elak jemur berdiri atau dalam bekas tadi kerana anda mahu berus kekal bentuknya.
See also
Datin X: Wanita Simpanan Bawa Watak Isteri Pertama

Teks: Nur Sofea

Artikel berkaitan: Magis Primer Dalam Solekan Setiap Wanita Perlu Tahu