Tingkatkan Keyakinan Pada Kulit Anda Dengan Koleksi Prime Infusion belif

Tingkatkan Keyakinan Pada Kulit Anda Dengan Koleksi Prime Infusion belif

Antara faktor yang melonjakkan populariti produk kecantikan Korea adalah faktor bahan semula jadi sebagai teras produk mereka. Menggunakan Real, Simpleand Sincere sebagai moto mereka, belif mengangkat kepentingan bahan yang sihat dan semula jadi melalui produk mereka.

 

Dimulakan pada tahun 2010 berdasarkan formula tradisional klinik herba perubatan paling tua di Scotland, Napiers, belif menggabungkan informasi berkurun lama itu dengan teknologi penjagaan kulit terkini LG untuk menghasilkan rangkaian produk yang say what they do, and do what they say.


 

Dengan peningkatan usia, kulit kita hilang keanjalan dan menjadi lebih tipis. Ditambah pula dengan masalah kulit sensitif, kulit pada usia sebegini harus diberi penjagaan yang lebih rapi. Bagi memastikan kulit anda kekal sihat dan dilindungi, anda memerlukan bahan-bahan yang efektif, lembut, menenangkan dan tidak menyebabkan iritasi.

 

Sehubungan dengan itu belif tampil dengan jalan penyelesaian mudah yakni koleksi terbaru mereka Prime Infusion yang direka khas untuk membasmi masalah kulit rosak dan sensitif. Formula ini juga membantu bukan sahaja membantu kulit anda daripada luaran sahaja, malah dalaman juga! Menggunakan mountain daisy sebagai bahan utama mereka, koleksi ini membantu membersih, memulih, dan menjana semula kulit anda.

See also
Kecantikan Anna Jobling Diiktiraf Dunia

1 of 5

Prime Infusion Repair Toner (150ml)

Toner anti-kedut ini melembab dan menyuburkan kulit anda sebagai persediaan langkah berikutnya dalam rutin anti-penuaan sensitif anda.