Tips Kecantikan oleh Kendall Jenner - Glam Malaysia

Tips Kecantikan oleh Kendall Jenner

 

Seperti yang kita tahu Kendall Jenner seperti tiada cacat cela pada dirinya akan tetapi percaya atau tidak, dia juga pernah melalui fasa di mana mukanya dipenuhi jerawat.

 

Kemulusan kulitnya sekarang bukan kerana treatment dan krim yang mahal (walaupun dia mengaku benda-benda itu juga membantu) dan Kendall telah mendedahkan rahsia kulit berserinya adalah kerana  gabungan spot treatment dan juga topeng muka. Kedua-duanya boleh dilakukan di rumah juga katanya.

 

Untuk topeng muka, Kendall mengatakan topeng buatannya ini  boleh mengecilkan pori dan mengimbangkan kadar pH. Anda hanya memerlukan dua bahan: sebiji telur dan sbeiji buah lemon.

 

Kendall menasihatkan untuk meletakkan telur yang telah dipukul dan dicampurkan dengan setengah  jus lemon ke atas muka anda selama 30 minit sebelum dibasuh.

 

Untuk spot treatment DIY Kendall pula, anda boleh biarkan sahaja di muka nada semalaman ataupun sepanjang anda berada di rumah. Seperti treatment biasa, bahan-bahannya akan membekalkan keasidan untuk kulit anda dan pada masa yang sama menenangkan kulit anda dengan madu.

See also
12 Selebriti Wanita Hollywood Kongsi Rahsia Kecantikan

 

Bahan-bahannya adalah:

Setengah sudu teh jus lemon

Setengah sudu teh baking soda

1 sudu teh madu (as natural as possible)

 

Cara:

Bancuhkan dengan baik dan letakkan ke muka anda untuk semalaman.

 

Selamat mencuba!

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid