Yang Ekstrem Dan Beretika - Glam Malaysia

Yang Ekstrem Dan Beretika

Oleh: Suzie Adnan
 

T65745541_Max

Gambar: Arkib GLAM


 
Evolusi kecantikan wanita daripada satu era ke satu era nyata berbeza-beza. Hari ini, dunia kecantikan semakin kompetitif dan wanita seluruh dunia semakin berani bereksperimen dengan idea baru. Apabila timbul idea baru, dari situ munculnya inovasi. Jadi bagi menjawab tema bulan ini, what’s the next big thing in beauty? Kalau daripada segi visualnya, saya kira antara trend yang paling ekstrem yang menarik perhatian saya adalah apabila perkhabaran mengatakan temporary freckles bakal hangat. Ya… kalau dulu ianya dianggap noda dan pelbagai krim dan rawatan diwujudkan bagi membuangnya, sekarang ini, gadis-gadis muda mulai sibuk menambah freckles di muka melalui produk berupa stensil. Ia perlu dipakai setiap hari dan mampu bertahan selama 48 jam!
 
Berdasarkan populariti di media sosial, tidak cukup dengan kulit, rambut juga sekarang boleh ditatu. Bagaimana ya? Seperti freckles tadi, ia juga bersifat sementara. Dan seni dandanan turut mendapat tempias haute couture apabila para pendandan yang memiliki skil bak artisan seni, mulai mendandan rambut menggunakan benang lutsinar. Ia diibaratkan seperti ‘menjahit rambut’ apabila teknik diperhalusi hingga mencipta tekstur seakan sulaman yang cukup mind blowing!
 
Satu perkembangan yang cukup menarik juga untuk dikaji adalah kebangkitan kosmetik halal di arena global. Kalau dahulu halal hanya pada makanan, kini alat solek serta produk penjagaan diri halal juga semakin dicari. Populariti mendadak bermula dari Timur Tengah sampai ke Eropah khususnya Perancis dan Itali, konsumer membeli berdasarkan kandungan produk itu sendiri yang perlu menetapi sijil halal. Untuk mendapatkan sijil halal, antara etika penting yang wajib dituruti adalah tidak boleh mengandungi alkohol, kandungan berasas haiwan danpada sebarang bahan kimia yang merosakkan. Salah satu contoh kosmetik halal yang popular kini adalah pewarna kuku halal yang dilabel ‘mesra wuduk’. Mudah dipakai, mudah dibuang. Ramalan mengatakan industri ini bakal muncul sebagai salah satu industri paling lumayan berdasarkan permintaan dan potensinya yang tinggi!
 
[soliloquy id="50157"]
[soliloquy slug="yang-ekstrem-dan-beretika"]