GLAM MAC 2019 - Natalie Prabha & Nia Atasha

GLAM MAC 2019

Gambar Eric Chow/Blink Studio

Musim Fesyen Yang Kian Eksperimental

 

Kemeriahan arena fesyen dunia masakini seolah-olah tidak akan reda dengan koleksi-koleksi ‘segera’ yang dipentaskan, runway setting yang gah sehinggalah ke penampilan gaya jalanan yang khabarnya sudah pun basi. Dalam era ‘anything goes’ ini, Minggu Fesyen yang dahulunya hanya di dedikasi kepada himpunan musim untuk ready-to-wear, kini sudah beberapa tahun tampil lebih eksperimental. Sebuah transisi yang sungguh signifikan apabila ada yang menggabungkan pakaian wanita bersama lelaki, muncul koleksi kapsul sampai ke couture, diselit dicelah-celah jadual Minggu Fesyen.

 

Dengan pelbagai movement semasa yang mengangkat mesej equality, #metoo, Black Lives Matter dan macam-macam lagi, para pereka fesyen juga semakin berhati-hati dalam menilai sesebuah ilham agar ianya tidak menyinggung mana-mana pihak. Minggu Fesyen juga terus meriah dengan dominasi media sosial yang menghidangkan lapangan komentar tanpa had. Kerana sekarang ini anyone who is anybody can be a critic. Dan editor-editor GLAM juga sudah tentu diterbangkan ke sana bagi memberi update terkini, terus dari Minggu Fesyen New York hingga ke Milan. Anda boleh ikuti cabang-cabang media

See also
GLAM OGOS 2017

 

sosial kami untuk menikmati laporan eksklusif daripada perspektif GLAM.

 

Sebagai antara sebilangan penggerak utama industri fesyen negara, GLAM sentiasa mencari wajah baharu untuk diketengahkan. Mac ini kami menampilkan dua model yang cukup in demand ketika ini. Dalam luar sedar, Nia dan Natalie Praba kian menempa nama sebagai top model Malaysia dengan wajah eksotik mereka. Apakah representasi Nia dan Natalie dalam arena modeling tempatan? These girls are the new cool tanpa perlu sogokan media sosial. Hanya wajah dan imej yang bersahaja sebagai wakil kepada wajah model Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya.