‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V - Glam Malaysia

‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V

Baru-baru ini, pendedahan laporan antarabangsa berkaitan perkahwinan dan seterusnya kelahiran cahaya mata Sultan Muhammad V bersama isterinya Rihana Oksana Petra mendapat perhatian umum. Malah, Rihana atau nama sebenarnya Oksana Voevodina secara rasminya berkongsi gambar kelahiran cahaya mata pertama mereka yang lahir pada 21 Mei yang lalu di laman Instagramnya, walaupun belum ada kenyataan rasmi dari pihak Sultan Muhammad V atau pihak istana sendiri.

Dan baru-baru ini berdasarkan perkongsian Rihana, Rihana nyata kini dilamun bahagia bersama suami tersayang malah turut berkongsi detik perkenalan bersama Sultan Muhammad V, apatah lagi dirinya mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.

Namun, berdasarkan laporan di media bertarikh 20 Julai, Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bercerai talak tiga dengan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko. Peguam, Koh Tien Hua, memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Apa-apa, semoga tabah buat kedua belah-belah pihak.Tanpa membuang masa, jom kita rekap kisah cinta mereka berdua melalui perkongsian Rihana di laman Instagramnya @rihanapetra.

See also
Lembaran Fesyen Moschino

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya”