'Walau Hanya 1 Babak'...Maya Karin Lebar Sayap Ke Hollywood Untuk Filem 'Alone' - Glam Malaysia

‘Walau Hanya 1 Babak’…Maya Karin Lebar Sayap Ke Hollywood Untuk Filem ‘Alone’

We are so excited bout this! Maya Karin khabarnya kini telah melebarkan sayapnya ke Hollywood selepas ditawarkan untuk membintangi sebuah filem Hollywood. Biarpun hanya satu babak penting, Maya Karin dikhabarkan teruja berpeluang menimba pengalaman membintangi filem Hollywood berjudul Alone yang membariskan pelakon ternama, Donald Sutherland dan Tyler Posey. Wow!

Melalui sumber, bekerja dengan pasukan profesional diketuai Johnny Martin selaku pengarah dan penerbit bersama, dianggap landasan awal untuknya melebarkan langkah di pentas antarabangsa. Maya dikatakan dipertanggungjawab membawa watak saintis Malaysia bernama Dr Zulaikha.

https://www.instagram.com/p/Bz-00efgGyy/

Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Maya turut berkongsi beberapa keping gambar dirinya bersama dengan Tyler Posey serta pengarah Johnny Martin. Khabarnya, Maya tidak perlu pun untuk menghadiri uji bakat untuk mendapatkan watak tersebut.

Jelasnya, “Apabila eksekutif Hollywood Innovation Group (HIG) menyuarakan hasrat meminta saya menyertai pasukan produksi mereka di sini, saya rasa bertuah kerana dipilih tanpa perlu menjalani uji bakat. Walaupun sebabak, berada dalam suasana baharu, dikelilingi kru profesional dan dapat bertukar idea dengan ramai karyawan di sini termasuk pengarah Alone, menyemarakkan semangat”.

See also
GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan

We definitely cant wait for the movie to come out, which we understand around next year! Way to go Maya!  

Sumber: Berita Harian