Disebalik Gaun Gucci Michelle Obama - Glam Malaysia

Disebalik Gaun Gucci Michelle Obama

Michelle Obama makes an [Italian] fashion statement!

 

Dengan hanya 7 minggu lagi Michelle Obama digelar sebagai First Lady Amerika Syarikat, mata-mata fesyen menumpukan perhatian kepada acara-acara rasmi yang beliau hadiri. Beberapa malam lalu merupakan malam Kennedy Center Honors terakhir buat keluarga Obama.

 

Dan seperti biasa, Michelle menjadi bintang pada malam itu. Tetapi kali ini kerana pilihan busana pada malam itu yang menjadi buah mulut ramai. Gaun merah jambu dan hijau yang direka khas buatnya oleh Gucci itu merupakan kali kedua Michelle mengenakan busana dari rumah fesyen Itali itu. Kali pertamanya ialah pada bulan September buat penampilannya di rancangan Ellen.

 

Pilihan Michelle itu secara kebetulan seakan-akan memberi mesej bayangan terhadap pengumuman Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi meletak jawatan selepas gagal mendapat keyakinan pengundi akan rancangan beliau untuk menukar perlembagaan negara.

 

Stylist peribadi Michelle, Meredith Koop pernah mengeluarkan kenyataan kepada Harper’s Bazaar pada bulan Oktober bahawa mereka sering mengambil kira ke mana mereka tuju serta norma budaya negara tersebut. “Matlamatnya ialah untuk memeberi penghormatan kepada setiap tempat kami lawati tanpa hilangnya semangat ibu pertiwi [Amerika Syarikat]”, jelasnya.

 

Oleh: Aizat Azman Shah