GLAM 101: Coach 1941 - Glam Malaysia

GLAM 101: Coach 1941

STUART VEVERS MEMPERKENALKAN KONSEP AMERICAN LUXURY SETELAH

Stuart Vevers memperkenalkan konsep American Luxury setelah dipilih sebagai Pengarah Kreatif baru Coach 1941


 
Berpaksikan pada tanda harga yang mampu milik tidak menghalang Coach 1941 menghasilkan barangan aksesori dengan menggunakan material kulit bermutu tinggi. Kini di bawah telunjuk kreatif Stuart Vevers, jenama kebanggaan New York melebarkan sayap mereka dalam menghasilkan koleksi ceraian lengkap.
 
1. Semuanya bermula di loteng yang terletak di Manhattan apabila pengasas Coach 1941 tertarik dengan mutu sarung tangan kulit pemain bola lisut yang semakin lembut apabila sudah lama dipakai. Lalu inovasi ini dipraktikkan buat penghasilan beg Coach 1941.
 
2. Nama Coach 1941 meningkat naik apabila mereka memilih Bonnie Cashin sebagai pereka aksesori pada 1961 sehingga 1974. Ketika berkhidmat, Cashin memperkenalkan identiti baru seperti penggunaan material kulit berona pop, bucket bag dan beg saku.
 
3. Lew Frankfort yang berkhidmat sebagai ketua pengarah operasi menjadikan Coach 1941 sebagai jenama mampu milik untuk mengisi ruang pasaran yang ketika itu dirajai oleh jenama mewah serta butik flagship pertama Coach 1941 pertama dibuka di Madison Avenue.
 
4. Sewaktu menjadi pengarah kreatif buat Coach 1941, Reed Krakoff telah dianugerahkan sebagai pereka aksesori terbaik oleh CFDA pada tahun 2001 dan 2004. Di bawah naungan kreatif Krakoff, Coach 1941 turut melancarkan jam tangan serta koleksi kasut.
 
5. Terbaru, Coach 1941 kini di kemudi oleh Stuart Vevers sebagai pengarah kreatif dan memperkenalkan koleksi lengkap ceraian buat jenama New York ini. Misi barunya adalah untuk memperluaskan koleksi buat ceraian outerwear dan aksesori buat lelaki.
 
[soliloquy id=”52937″]

See also
"Bila saya dah bersara, Bandar Kuching menjadi pilihan saya"- Didi Dayang