Good Vibes Festival 2019: Fashion Sensational With Stranger Things - Glam Malaysia

Good Vibes Festival 2019: Fashion Sensational With Stranger Things

Rancangan paling popular di Netflix sekarang, Stranger Things sudah masuk musim ketiga. Dengan lagak lebih gah, aksi menarik dan pastinya elemen fesyen yang mengembalikan keasyikan dekad 80-an! Setiap yang disarungkan oleh Mike, Eleven, Dustin, Lukas, Will dan Max membuahkan idea untuk festival muzik yang berlangsung hujung minggu ini, Good Vibes Festival! Cedok idea gaya barisan pelakon Stranger Things untuk mantapkan #OOTD di Good Vibes Festival 2019!

PERCIKAN RONA

Dengan kehijauan Genting Highlands, pastinya cara terbaik untuk lebih menonjol dengan memilih ceraian yang terang! Untuk tampil lebih eksentrik mungkin cuba pilih busana yang punya corak unik, go bold with the loudest prints!

Stranger Things

HAWAIIAN BEAU

Aloha boys and girls! Paling relaks di festival muzik adalah dengan mengenakan kemeja Hawaii yang diperbuat menggunakan fabrik kapas serta potongan leher besar. Corak organik yang selalu menyerikan baju kemeja Hawaii ini kini diberi sentuhan moden dengan pilihan rona lebih vibrant. Tropical chic di atas gunung sejuk!

Stranger Things

QUIRKY CHIC

See also
Laura Kim dan Fernando Gracia meneruskan legasi Oscar De La Renta

Eleven adalah ikon galaksi Stranger Things! Piliha corak abstrak yang digandingkan bersama motif lain untuk membangkitkan stail kontra pada gaya festival. Ritma gaya unik ini mampu menarik lensa kamera di padang Good Vibes Festival! Be ready with your uniqueness!

Stranger Things

MOST DISTINCTIVE

Aturan fesyen yang perlu kita ingat adalah satu item paling menonjol sudah cukup untuk membangkit gaya. Pilih sama ada beg, kasut, topi yang berselera unik untuk membuatkan gaya lebih mengancam di Good Vibes Festival 2019. Ikat rambut dengan scrunchies, kasut Converse dalam rona terang atau tali pinggang bergancu unik untuk menghiasi baju.

Stranger Things

Dapatkan idea lebih lagi dengan menonton Stranger Things musim ketiga dan jangan lupa luangkan masa di ruang #StrangerVibes di Good Vibes Festival 2019 untuk merasai pengalaman dunia Upside Down yang paling epik!