H&M Bakal Melancarkan Sebuah Jenama Baru Pada Musim Luruh Ini - Glam Malaysia

H&M Bakal Melancarkan Sebuah Jenama Baru Pada Musim Luruh Ini

Gergasi fast fashion H&M telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan satu jenama runcit baru pada tahun ini, Arket.

 

Foto: Instagram/BoF

Arket digambarkan sebagai “modern-day market that will offer essential products for men, women, children and home.”

 

Harga untuk produk-produk mereka juga dijangka akan menjadi lebih tinggi daripad aharga fast fashion kebiasaan H&M. Rangkaian terbaru ini juga bakal menjual produk-produk Arket sendiri dan juga beberapa produk yang bukan daripada jenama H&M.

 

“Kami benar-benar percaya yang ia sangan relevan kepada pelanggan moden untuk membawa jenam-jenama yang berbeza — dibawah satu bumbung, satu saluran — dan membuatkan pilihan itu untuk mereka dan menjadikannya lebih mudah,” terang pengarah kreatif Arket, Ulrika Bernhardtz kepada BoF.

 

“DNA jenama ini adalah timeless, crisp, quality dan warmth.”

 

Regent Street di London bakal menjadi lokasi pertama kedai Arket pada musim luruh ini dengan jual beli atas talian yang terdapat di 18 negara Eropah. Kedai-kedai lain juga akan dibuka di Munich, Brussels, dan Copenhagen.

See also
Trend Aksesori Di Pentas Couture Musim Luruh 2015

 

Beberapa kedai Arket juga akan menampilkan café yang menjual makana-makanan gaya Nordic yang akan menggambarkan pemakanan dan kehidupan sihat.

CEO H&M, Karl-Johan Persson, juga menerangkan maksud Arket dalam Swedish adalah “sehelai kertas” menandakan permulaan baru jenama tersebut dengan rangkaian terbaru mereka ini.

 

Jenama lain yang turut mendapat sambutan yang besar adalah Cos, Monki, & Other Stories, Weekday, dan Cheap Monday.