Revolusi Jam Tangan Pintar Era Baru Bersama Fossil Q

Jam Tangan Pintar Era Baru Fossil Q

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dek kerana tidak mahu ketinggalan dengan kepesatan era digital masa kini, Fossil tampil dengan rangkaian jam pintar mereka sendiri dengan Fossil Q yakni koleksi jam tangan pintar yang menggunakna teknologi skrin sentuh. Kini mereka tampil pula dengan koleksi terbaru buat Fossil Q yang menggunakan rekaan jam tangan analog dengan teknologi pintar terkini sekaligus membuatkan koleksi ini sebuah koleksi jam tangan hybrid.

 

Antara ciri-ciri istimewa yang ditampilkan dalam koleksi ini adalah notifikasi real-time seperti mana anda menggunakan jam tangar pintar skrin sentuh yang menghubungkan anda kepada panggilan dan juga pesanan teks ringkas. Seterusnya, anda boleh menjimat masa daripada mengecas jam pintar ini kerana ia menggunakan bateri. Tatkala anda ke luar negara pula, jam Fossil Q anda akan mengubah waktu mengikut zon waktu negara tersebut secara automatik.

 

Sesuai untuk mereka yang inginkan rekaan klasik dengan spesifikasi jam tangan pintar terkini.