Ketahui Maksud Disebalik Setiap Pemberian Bunga Valentine's Day Ini

Erti Di Sebalik Kuntuman Bunga Sebagai Hadiah Istimewa

Tatkala Hari Valentine menjelang pasangan-pasangan yang sedang bercinta pasti kebingungan apabila mahu mendapatkan hadiah untuk insan istimewa kerana cuba untuk tidak menghadiahkan barangan klise seperti manisan, wangian dan terutamanya bunga ros.

 

Speaking of roses bagaimana pula jikalau anda memberikan bunga selain daripada bunga ros untuk mereka yang istimewa bagi anda? GLAM menyenaraikan bunga-bunga yang boleh anda beri kepada insan tersayang dengan maksudnya sekali.

7 of 11

Lavender

Lavender antara bunga yang terkenal dalam produk kecantikan dan wangian juga membawa maksud cinta, ketaatan dan kesucian. Bunga ini juga mempunyai sejarah yang sering dikaitkan dengan kerabat diraja dan kerana itu, bunga ini juga membawa erti keagungan.