Kehalusan Kraftangan Kopi Dengan Nespresso Master Origin

Kehalusan Kraftangan Kopi Dengan Nespresso Master Origin

Nikmat secawan kopi untuk memulakan hari anda agak sukar dirungkaikan melalui kata-kata. Aroma kopi nan mewah dan kehangatan yang dirasai diikuti pula dengan hirupan pertama sekaligus mengejutkan sel-sel badan anda daripada kelesuan pagi senja.

 

Memberi penekanan yang tegas dalam pemilihan biji kopi mereka, Nespresso telah menjelajah ke serata dunia buat misi pencarian aroma dan rasa kopi yang penuh nikmat dan berkualiti tinggi. Mengambil kira amalan pertanian setiap kawasan yang mereka lawati, Nespresso menemui jawapannya di lima kawasan berbeza. Hasil penemuan mereka telah melahirkan koleksi Master Origin yang menampilkan lima sensasi kopi hasil inspirasi lima kawasan pilihan Nespresso. Dari Indonesia hingga ke Nicaragua, ikuti kisah Nespresso.

1 of 5

Nespresso Master Origin Indonesia

Tanah Sumatra menyaksikan kelahiran Master Origin Indonesia Wet-Hulled Arabia dengan kerjasama 1800 peladang Ara Cahayani Gayo menggunakan teknik “wet-hulling” untuk kecapi biji kopi bermutu tinggi ini. Kaya dengan aroma tropikal, biji kopi ini juga mempunyai ketebalan yang unik.

See also
Hilary Duff Enggan Tewas Kepada Herdikan Pembuli