Kenali Sensasi Masakan Scandinavian

Kenali Sensasi Masakan Scandinavian

buffet tableGambar: ingimage

 
Terletak di kawasan utara Eropah, Scandinavia sarat budaya campuran tiga negara iaitu Norway, Sweden dan Denmark. Ciri itu menjadikan Scandinavia unik lantas terpancar pada menu masakan penduduk mereka. Hidangan warisan menggabungkan identiti ketiga-tiga negara mengangkat rasa istimewa nan tersendiri. Mari kenali hidangan yang mencerminkan budaya ini.
 
1. Smörgåsbord
Merupakan sebuah bufet yang menawarkan pelbagai hidangan panas dan sejuk termasuklah daging segar, salad serta pembuka hidangan. Antara hidangan popular adalah jeruk ikan kurau yang dihidangkan bersama rye (sejenis gandum) dan crispbread, ubi bit merah dan salad apel, meatballas, pâté (campuran kisaran lemak dan daging) serta salmon yang disalai manakala keju pula disajikan pada penghujung hidangan.
 
2. Ikan
Ikan kurau atau herring merupakan hidangan utama paling popular di negara itu. Ianya dijadikan jeruk serta disalai dan goreng. Salmon turut jadi pilihan dengan hidangan Gravlax (sapuan garam, gula dan herba dill).
 
3. Pastri
Hidangan pastri seperti roti dan kek amat sinonim dengan negara ini hinggakan populariti yang menjangkau ke United Kingdom. Tarikan utama hidangan ini adalah melalui bahan yang digunakan iaitu kayu manis dan biji pelaga, menyerlahkan keunikan tersendiri dalam menu pastri mereka. Antara yang membangkitkan selera adalah Kladdkaka, coklat kek lekit dari Swedish.
 
 

See also
Kerjaya Baru Shay Mitchell Sebagai Penulis Buku?