Lima Pulau Peribadi Wajib Kunjungi

Lima Pulau Peribadi Wajib Kunjungi

Alangkah indah perasaan apabila santai di tepi pantai jauh dari kesibukan orang ramai, bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan. GLAM himpunkan lima pulau peribadi terbaik yang boleh menjadi destinasi anda untuk melepas lelah serta getaway indah bersama famili juga rakan.
 
Pulau Laucala3

Pulau Laucala2

Pulau Laucala1

Pulau Laucala4Gambar: Facebook Laucala Island

 
1. Pulau Laucala, Fiji

Cukup memukau dengan tawaran mewah lagi eksklusif buat pengunjung. Keindahan di sekitar pulau dengan keluasan 12 kilometer kaki persegi menjanjikan pelbagai aktiviti di pulau ini. Segalanya lengkap dengan kemudahan serta aktiviti perairan termasuklah perahu layar, jet ski, luncur air, memancing, permainan layang-layang serta pusat menyelam yang disahkan oleh Professional Association of Diving Instructors (PADI). Jika ingin badan dibelai manja, sebuah spa dengan urutan tradisional Fiji turut disediakan. Malahan padang golf juga ada di sini.
 
Musha Cay5

Musha Cay4

Musha Cay1

Musha Cay2Gambar: Facebook Muscha Cay

 
2. Musha Cay, Bahamas

Pulau yang dimiliki oleh ahli silap mata terkenal David Copperfield ini menjanjikan privasi serta pengalaman eksklusif buat pengunjung yang hadir. Hanya satu kumpulan pengunjung dengan jumlah seramai 24 orang pada satu masa dibenarkan untuk menginap di pulau ini manakala seramai tiga puluh kakitangan pulau sedia melayan kehendak anda bagai raja. Antara aktiviti menarik adalah pencarian harta karun di sekitar pulau yang disediakan oleh kakitangan hotel serta akses tanpa limit terhadap bot-bot juga kesemua jet ski yang ada. Paling mengujakan adalah skrin besar seakan panggung wayang dimana anda boleh baring santai dan menonton filem yang ditayangkan bersebelahan dengan pemandangan pantai.
 
NeckerIsland

See also
Kembara Gastronomi Palet Perancis Bersama Supperclub KL

NeckerIsland2

NeckerIsland3

NeckerIsland4Gambar: Facebook Necker Island

 
3. Pulau Necker, Kepulauan Virgin British

Pengerusi Virgin Group, Richard Branson merupakan pemilik kepada pulau ini. Terletak di Kepulaun Virgin British dengan keluasan 74 ekar, pulau ini memuatkan 30 orang pada suatu masa. Antara yang pernah berkunjung ke sini adalah aktres Kate Winslet. Pelbagai aktiviti perairan disediakan malahan untuk bermalasan, pusing keliling pulau dengan kapal persiaran mewah sambil lihat keindahan alam. Selain itu anda juga berpeluang melihat habitat liar yang pasti menjadi pengalaman terindah sepanjang hidup!
 
Cayo Espanto

Cayo Espanto4

Cayo Espanto2

Cayo Espanto5Gambar: Facebook dan laman web Cayo Espanto

 
4. Cayo Espanto, Belize

Lokasi terletak hanya dua jam dari Miami juga Houstan, Texas namun pulau ini masih mengekalkan privasi serta tawaran mewah dengan pemandangan seperti syurga dunia. Layanan khas dengan chef peribadi yang menghidang sarapan ketika anda masih enak di katil pasti membuatkan diri terasa istimewa. Nikmati pelbagai aktiviti perairan yang ditawarkan namunĀ  jika anda mahukan lebih pengembaraan, teroka bangunan peninggalan Suku Maya seperti Altun Ha, Caracol dan Pacbitun yang pasti membuatkankan anda terasa seperti berada di lokasi filem.
 
Pulau Fregate2

See also
GLAM Expose: Mengupas Strategi Seorang Social Climber

Pulau Fregate

Pulau Fregate3

Pulau Fregate4Gambar: Facebook Fregate Island

 
5. Pulau Fregate, Seychelles

Digelar Pantai Terbaik Dunia, Pulau Fregate cukup memukau dan sesuai dijadikan sebagai destinasi romantis. Pengalaman unik Tree House jadi tarikan dimana anda boleh menikmati santapan di sebuah pokok tertua dan terbesar di pulau ini sambil meninjau pemandangan yang mengasyikkan. Pulau ini juga menjadi rumah kepada hidupan liar dengan lebih 2000 ekor kura-kura gergasi Aldabra serta ratusan ribu burung tropika menjangkau 100 spesis.