GLAM Deko Ogos 2018 - Glam Malaysia

GLAM Deko Ogos 2018

GLAM Deko Ogos ’18

Isu 54 – Membawakan tiga kediaman dalam nafas berbeza. Sebuah kediaman yang dibina di lereng bukit namun mengangkat rasa penuh mesra alam dan ekologi sebagai nadi utama rekaan dan hiasan dalaman. Sebuah lagi kediaman teres tiga tingkat diberi nafas baru apabila mengalami perubahan utama dari segi struktur dan pelan lantainya lantas kumpulan pereka menggabungkan pelbagai elemen berbeza untuk memenuhi konsep gaya hidup pemiliknya. Kediaman ketiga menampilkan sebuah banglo dua tingkat yang direka dengan bermain elemen pencahayaan dan pengudaraan semula jadi dengan garapan gaya rustik untuk ruang dalamannya. Turut disertakan tip ringkas dalam menampilkan ruang kediaman lebih kemas dan teratur selain suai padan perabot dalam gaya ikonik berbeza. Untuk yang gemar mengembara, jelajahi pilihan eksotika di Sri Lanka atau percutian kontemporari di Singapura. Jika anda bercadang memasak untuk ahli keluarga boleh cuba pilihan minum petang karya dua wanita yang sinonim dengan dunia masakan dan pastri, Masterchef Imelda Harris juga Aishah Nordin.

See also
Diari Deko - Ruang Pamer Kedua King Living di Bangsar