Faktor Mengapa Anda Perlu Pereka Hiasan Dalaman

Faktor Mengapa Anda Perlu Pereka Hiasan Dalaman

03C06566Gambar: ingimage

Sebelum memulakan proses mendekorasi atau menukar wajah ruang tanyakan pada diri sendiri, “Secara realistiknya, bolehkah saya sendiri menyiapkan projek ini dengan jayanya?” Jika timbul keraguan dalam jawapan anda, pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pereka dalaman. Ramai pemilik beranggapan mereka boleh menata hias ruang sendiri, namun berakhir dengan kos yang mahal tapi mengecewakan. Dengan bantuan pereka dalaman mampu menukar wajah ruang melebihi jangkaan anda.

 

 

KHIDMAT YANG DITAWARKAN
Pereka akan menyediakan pelan dan ruang dengan kaedah yang paling efisien untuk menampilkan keindahan selari fungsi ruang. Seorang pereka perlu mengimbangi keperluan estetik merangkumi perancangan struktur untuk mencerminkan gaya hidup pelanggan, menetapkan mood yang diingini, melengkapkan ciri-ciri seni bina kediaman selari skema penataan. Pereka dalaman juga perlu mempunyai pertalian yang baik dengan kontraktor, vendor dan lain-lain dalam proses melaksanakan reka bentuk.

 

 

MASA YANG SESUAI
Anda mungkin mempunyai visi yang jelas untuk konsep kediaman anda, tetapi pereka dalaman boleh membantu anda untuk membuat pertimbangan dalam perancangan ruang demi kepuasan anda. Seorang pereka telah dilatih untuk peka dengan setiap inci ruang agar proses transformasi ruang terhasil dengan sempurna.

See also
Inspirasi - Idea Penataan Kamar Beradu

 

 

MENEPATI GAYA PILIHAN
Tiada pelanggan yang sama, dan pereka dalaman yang baik adalah pereka yang mampu mencipta kelainan dalam setiap gaya pilihan pelanggannya. Walau bagaimanapun, hampir semua daripada mempunyai estetik asas yang kekal konsisten sepanjang kerja dilakukan. Sebagai contoh, jika anda mahukan pilihan warna pastel dan neutral, jangan memilih seorang pereka yang terkenal bermain palet warna terang dan kontras, ketika sesi perbincangan, cari persamaan melalui hasil kerja sebelumnya dan bandingkan dengan reka bentuk yang anda mahu.

 

 

PENGLIBATAN SEJAK AWAL
Jika anda melakukan remodeling atau membina sebuah rumah, libatkan pereka bentuk dalam peringkat awal perancangan bersama arkitek dan kontraktor yang dipilih. Dengan cara ini, kepakaran seorang pereka, arkitek, dan kontraktor dapat berjalan serentak. Faktor ini bagi mengelakkan pembaziran jika anda terpaksa mengubah semula rekaan yang telah siap disebabkan tidak sesuai dengan konsep pilihan.

 

 

ANGGARAN KOS
Pereka dalaman mempunyai pelbagai struktur yuran. Mereka mungkin mengenakan kadar mengikut jam, yuran kadar rata, atau peratusan daripada keseluruhan jumlah kos projek. Anda juga mungkin akan diminta untuk membayar sejumlah nilai sebelum kerja bermula. Sesetengah pereka mengambil pendekatan yang dikenali sebagai ‘kos plus’ yakni mereka membeli material, hiasan dan kelengkapan pada harga diskaun, namun mengenakan anda harga runcit, dan perbandingan kos ini dianggap sebagai yuran. Jika anda menggunakan kaedah ini, pastikan perbezaan kos adalah telus supaya anda tahu apa yang anda membayar untuk perkhidmatan yang dikenakan.

See also
Persinggahan Baton Nan Ikonik

 

 

PROSEDUR BIL
Berbincang dengan jelas tentang apa yang perlu dibayar dan mengapa sejak dari awal penglibatan pereka. Selain khidmat reka bentuk itu sendiri, anda mungkin dikenakan caj untuk masa perjalanan, lawatan tapak, membeli-belah, perbualan telefon dan banyak lagi. Juga, tanyakan pereka jika ada anda mendapat kadar diskaun untuk pembelian perabot, aksen, material, atau barang-barang keperluan lain. Dengan cara ini anda akan dapat menganggarkan kos yang perlu dibayar nanti.