GLAM DEKO: RUMAH TEEMOR - Glam Malaysia

GLAM DEKO: RUMAH TEEMOR

 
Segala cinta yang wujud buat mereka disatukan dalam membina sebuah mahligai idaman. Setiap proses diperhalusi dengan menggabungkan yang baru dan lama agai ia kekal harmoni untuk didiami.
 
Glam Deko bawa anda jelajah sudut kediaman indah pasangan suami isteri dari perancang perkahwinan tersohor Reka Teemor; Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz di Shah Alam yang digelar Rumah Teemor.
 
Info Rumah Teemor
* Mengambil masa sekitar empat tahun untuk disiapkan. Kebanyakan kayu yang digunakan merupakan kayu dari rumah kampung milik nenek Faiz.
* Terletak di atas sebidang tanah seluas 1.5 ekar dan saiz binaan adalah sekitar 10 ribu kaki persegi.
* Dibina dengan menggunakan formula 9 kaki x 9 kaki yakni setiap ruang haruslah bermula segi empat tepan dan diolah dari situ.
 

Saksikan video eksklusif ke dalam kediaman yang dibina penuh teliti dan kaya nilai seni ini.