Idea - 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan - Glam Malaysia

Idea – 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan

Hiasan kertas dinding mampu mencipta atmosfera berbeza sebaik melangkah masuk ke satu-satu ruang di kediaman. Sama ada, kertas dinding dipasang memenuhi keseluruhan dinding di seluruh ruang atau sekadar satu panel dinding (feature wall), yang penting adalah pemilihan corak dan padanan warna. Corak lebih bold dan sarat dalam warna-warna mendalam menjadi trend hangat sepanjang tahun ini. Lihat koleksi gambar inspirasi kertas dinding di ruang-ruang kediaman untuk anda lebih berani untuk mencuba.

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 22
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Bilik tetamu dihiasi kertas dinding jejalur dwi warna hijau dan aqua rekaan Robert Hoven. Hamparan permaidani rainbow daripada Doug and Gene Meyer, manakala, kerusi rotan adalah perabot antik asal rumah dari tahun 1920.