Rekaan Hebat - Gajet Dengan Kuasa Sedutan Maksima - Glam Malaysia

Rekaan Hebat – Gajet Dengan Kuasa Sedutan Maksima

 

Rutin mengemas dan membersih ruang kediaman tentunya memenatkan, tambahan pula jika kelengkapan yang digunakan tidak mesra pengguna  dan mempunyai banyak kekurangan.

 

 

Penyedut hampagas antara pilihan utama untuk melicinkan proses pembersihan ruang. Dengan suntikan teknologi dan inovasi terkini, jenama Dyson sememangnya terkenal dalam mencipta solusi rekaan terbaik kepada gaya hidup serba moden. Jika sebelum ini, jenama ini merupakan antara yang pertama memperkenalkan idea penyedut hampagas yang berfungsi tanpa menggunakan beg storan habuk, kini Dyson menampilkan generasi terbaharu Dyson Cyclone dengan versi V10 untuk penyedut hampagas dengan kuasa sedutan maksima. Pengasas kepada jenama ini, James Dyson, sentiasa meletakkan dirinya sebagai pengguna pada setiap rekaan produknya, untuk memastikan agar rekaan dan fungsi yang ditonjolkan adalah praktikal dan memenuhi keperluan masyarakat.

 

 

 

 

Dicipta lebih ringan berbanding versi terdahulu, Versi V10 dengan format terbaharu ini membantu melancarkan mekanisma untuk mengosongkan bekas sampahnya. Kini ia lebih efektif dan pantas membersih dengan kekuatan yang lebih padu. Putaran sedutan menjangkau 125,000 rpm memberikan kuasa sedutan lebih tinggi  selain kebebasan melakukan kerja tanpa terikat pada wayar (wireless).

See also
Portfolio Aset Hartanah Bersama, Angelina Jolie & Brad Pitt

 

 

 

 

Untuk Dyson Cyclone V10 terbaru ini, kumpulan pereka telah merubah formatnya secara keseluruhan untuk mencapai kemampuan terbaik bagi mesin yang berfungsi tanpa wayar. Ia begitu ringan, mampu membersihkan setiap ruang di kediaman dengan kehebatan motor yang digunakan. Malahan ini menjadi salah satu sebab Dyson Clone kini direka dengan saiz yang lebih praktikal.