Le Brassus Menjadi Saksi Kelahiran CODE 11.59 by Audemars Piguet

Le Brassus Menjadi Saksi Kelahiran CODE 11.59 by Audemars Piguet

Tanggal 12 Januari 2019 di Le Brassus, Audemars Piguet mempersembahkan koleksi terbaru mereka CODE 11.59 kepada 120 jemputan khas mereka.

 

Frasa “To break the rules, you must first master them,” menjadi sinonim dengan Audemars Piguet sebagai pakar horologi. Dengan pengetahuan dan kepakaran yang mereka ada, apa sahaja yang mereka bayangkan bisa menjadi realiti.

 

Menggunakan kod genetik Audemars Pigute, CODE merupakan singkatan bagi Challenge, Own, Dare dan Evolve.

 
[envira-gallery id=”87880″]

“Kami di Audemars Piguet sentiasa mencabar (challenge) diri kami untuk melangkaui batasan. Dengan semangat berdikari yang jitu, kami dengan bangganya mengangkat (own) asal usul kami, berani (dare) untuk menggabungkan ketepatan dan kreativiti. Setia dengan legasi Audemars Piguet, kami terus berkembang dengan mengekalkan dan menghasilkan semula tradisi kami. 11.59 adalah koleksi yang maju dan melangkaui batasannya sendiri,” ucap Jasmine Audemars, Pengerusi Lembaga Pengarah Audemars Piguet.

 

Kombinasi middlecase berbentuk oktagon dengan case bulat, Audemars Piguet telah mencipta sejarah baru dari segi rekaan mereka. Untuk memberikan perspektif dan pengalaman optik baru, mereka menggunakan kristal intan double curved memberi ilusi. Lengkap dengan Kaliber 4401, CODE 11.59 mempunyai fungsi flyback yang membolehkan kronograf re-start tanpa perlu menghentikan atau resetting.

 
[envira-gallery id=”87881″]

See also
GLAM x COACH 2017