Putera George Bakal Menghadiri Sekolah Baru di London September Ini - Glam Malaysia

Putera George Bakal Menghadiri Sekolah Baru di London September Ini

Foto: REX/Shutterstock

Dalam kesibukan persiapan Putera William dan Duchess of Cambridge Kate Middleton untuk berpindah ke London musim luruh ini mereka telah pun memilih sekolah yang akan dihadiri oleh cahaya mata sulung mereka Putera George pada September ini.

 

Foto: WENN.com

Putera George bakal memulakan persekolahannya di sekolah prep Thomas’ London Day School di Battersea dengan yuran £6,110 dan mempunyai polisi untuk rakan baik adalah dilarang sama sekali.

 

Seorang jurucakap di Kensington Palace menyatakan bahawa Putera William dan Kate berasa sangat gembira kerana berjaya mejumpai sekolah yang sesuai dan mereka percaya Putera George boleh mendapatkan pendidikan yang berjaya.

 

Pengetua-pengetua sekolah tersebut telah mengumumkan berita ini kepada semua ibu bapa dan memastikan mereka bahawa tiada perubahan akan dilakukan dengan kemasukan Putera George ini atas permintaan Duke dan Duchess of Cambridge sendiri.

 

Sekolah bercampur itu juga mengajar kanak-kanak untuk menjadi baik dan memberikan tumpuan yang lebih kepada sukan dan drama.

See also
8 Lokasi Percutian Mewah & Eksotik Anda Harus Lawati!

 

Puetra George buat masa ini masih menghadiri sebuah nurseri Montessori di Westcare, Norfolk yang berdekatan dengan kediaman mereka sekarang.