Rami Malek Tidak Layak Menang Golden Globe?

GLAM Life

Rami Malek Tidak Layak Menang Golden Globe?

158

Sehari selepas Bohemian Rhapsody mengungguli Best Motion Picture Drama dan Best Actor oleh Rami Malek, riuh peminat filem mengecam keputusan Golden Globe itu.

 

“Did they actually see A Star Is Born?” Ramai yang kecewa kerana Bradly Cooper dikalahkan Rami Malek dan Lady Gaga hanya memenangi satu kategori sahaja. Menerusi Twitter, netizen mula membahaskan perihal itu.

 

Malah ada pengkritik filem mengatakan Bohemian Rhapsody tidak memberi impak besar terhadap mereka kerana rambut palsu, gigi dan catsuits paling buruk mereka lihat. Melihat keseluruhan kritikan profesional oleh mereka bertauliah daripada majalah dan akhbar, rata-rata memuji A Star Is Born.

 

Ternyata Bohemian Rhapsody menerima kritikan paling hambar. Tetapi mungkin pengaruh mother monster dan Bradly Cooper terlalu kuat hendak dibandingkan lelaki yang tiada nama seperti Rami Malik. Walhal kedua-dua filem tersebut adalah penceritaan ahli muzik saat jatuh bangun mereka.

 

“Lepas belajar seni lakonan daripada kolej ke satu kolej, bekerja di restoran makanan segera, perlu melakukan beberapa kerja untuk melangsaikan hutang dan sehinggalah hari ini dapat meraikan kemenangan bersama ahli Queen. Memang ianya perjalanan yang panjang,” ujar Rami Malek selepas kemenangannya.

 

Walhal filem biopsi Queen ini sangat mengagumkan daripada segi memberi pengajaran kepada anak-anak muda betapa pembikin muzik era 70an dan 80an begitu dinamik. Dikala teknologi masih belum ada, bagaimana mereka menghasilkan bunyi-bunyian secara manual dan kreatif.

 

Betapa pergaduhan dan tentangan pendapat mereka sekumpulan, namun buah muzik yang digubah sangat berkualiti seperti judul filem itu sendiri, Bohemian Rhapsody. A Star Is Born tidak kurang hebat tetapi penangan Freddie Mercury masih berbisa. Malah Remi Malek turut dikatakan bakal tercalon dalam Oscar tidak lama lagi.

 

“Thank you to Freddie Mercury for giving me the joy of a lifetime. I love you, you beautiful man. This is for and because of you, gorgeous,” ujar Rami Malek di malam kemenangannya.

 

Filem ini ternyata mengubah hidup Remi Malek 360 darjah. Lihat sahaja penampilannya di karpet merah anugerah Golden Globe. Dia memakai jam tangan Cartier Tank MC, large model, steel, leather. Tuxedo Givenchy pula diperkemaskan dengan Cartier Double C logo decor cufflinks, sterling silver, palladium finish, black lacquer. 

 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *