Destinasi - Aiskrim Segar Semulajadi Crème De La Crème - Glam Malaysia

Destinasi – Aiskrim Segar Semulajadi Crème De La Crème

 

Cuaca semakin hari semakin panas. Tiada yang lebih indah apabila di musim panas dapat menikmati kesejukkan aiskrim artisan yang diperbuat daripada bahan-bahan segar semulajadi oleh Crème De La Crème. Crème De La Crème menawarkan lebih daripada 18 perasa aiskrim dan sorbet segar dibuat sendiri oleh chef pastri terlatih oleh master of dessert terkenal dunia dari Australia, Christy Tania.

 

 

Anda perlu cuba perisa aiskrim dan sorbet berasaskan buah-buahan tempatan seperti Musang King, Dragon Fruit Strawberry Sorbet, Barley Lime dan Limau Assam Sorbet. Bagi penggemar aiskrim boleh cuba aiskrim Pandan Kaya Toast, Teh Tarik, French Earl Grey Boba dan Cerealicious antaranya. Setiap perisa sorbet dan aiskrim  Crème De La Crème yang ada dibuat istimewa menggunakan 100 peratus bahan semulajadi dan segar tanpa pemanis, pengawet dan pewarna sekaligus menghasilkan rasa dan tesktur aiskrim bermutu, gebu dan halus. 

 

 

Selain daripada ais krim, Crème De La Crème turut menawarkan Petits Gâteaux, kek aiskrim artistik. Setiap karya kek mempamerkan hasil seni yang indah dan rumit cukup instagrammable.

See also
GLAM Deko Diari - Aroma Antonio Banderas

 

Butik aiskrim artisan, Crème De La Crème di Uptown Damansara (sebaris dengan bank Hong Leong).